Salam.
Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Bagaimana dengan saoalan tutorial yang diberi dah buat ke belum?? Cuba dahulu baru anda tahu di mana kelemahan anda. Jangan main tiru je, bagi saya tak salah anda nak lihat kaedah kerja yang dilakukan oleh rakan-rakan anda. Kerana dengan cara itu anda akan dapat idea bagi selesaikan masalah tersebut. Begitu juga buku rujukan ada yang suka buku yang banyak soalan dan memberikan kaedah penyelesaian. Namun anda sepatutnya melakukan latihan agar anda lebih mahir. Kemahiran tidak akan datang jika anda hanya perhatikan sahaja.
Jika anda pernah lihat kanak-kanak belajar makan, berapa kali suapan agaknya baru masuk ke mulut. Perkara yang sudah menjadi kebiasaan anda akan menjadi senang dan memudahkan anda. Jadi latihan adalah sangat penting bagi memberikan kemahiran kepada anda untuk selesaikan soalan. Mulakan dengan soalan asas agar anda akan faham konsep sebelum menjawab soalan aplikasi.
minta bantuan jika anda menghadapi masalah, namun semua itu perlu bermula dari diri anda. Buat latihan sekurang-kurangnya satu (1) jam setiap hari. Semoga anda akan berjaya.
Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment