Salam,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sentiasalah menjadi yang terhebat, kerana yang terhebat sahaja akan berjaya.
Bagiamana nak jadi hebat??? Semuanya bermula dari diri sendiri. Sebaiknya bermulah dari bangun tidur, sebutlah yang anda ini hebat. Sebarang kata-kata boleh digunakan. Kebanyakan orang apabila bangn tidur terus rasa boring yelah nak kena gi kelas, kena kerja, kena itu kena ini..... memang membosankan. Maka sepanjang hari itu adalah hari yang membosankan bagi anda.... Agaknya bila ye masa yang paling anda suka?? Jika pelajar bila dah nak cuti maka tulah yang ditunggu-tunggu, masa itulah yang paling hebat. Bagi pekerja mungkin masa dapat gaji kot...
Supaya anda sentiasa hebat sepanjang masa maka mulakan pagi anda dengan berfikiran positif. Sebut dengan jelas agar anda boleh dengar "Aku hari ini adalah hebat". Sudah pasti anda akan hebat sepanjang hari. Jangan lupa untuk bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini. Kita biasanya lupa kerana dah terbiasa apabila baribadat hanya di masjid je... Bila dah kat luar terus terputus... Anda pasti dah tahu bahawa dengan niat yang betul kita akan mendapat pahala dalam segala perkara yang dilakukan.
Jangan pisahkan antara ibadat dan kerja kerana ia adalah perkara yang boleh dilakukan serentak.
Sekian wassalam..