Pages

Friday, July 2, 2010

Tak percaya?

Salam sejahtera,
Semoga hidup anda lebih ceria pada hari ini.
Pasti lihat banyak sampah disekitar kediaman anda kan. Tahukah anda bahawa apa yang kita lihat sebagai sampah boleh menjadi barangan berharga. Cuma anda perlu ubah cara pandangan anda terhadap "sampah" tersebut. Kata orang moden pikir diluar kotak.
Contoh mudah jika anda lihat tempurung kelapa apakah yang boleh dilakukan dengannya?? Bagi mereka yang masih guna dapur arang tempurung kelapa boleh menjadi bahan api. Tahukah anda bahawa tempurung kelapa boleh dijadikan barang hiasan dan hadiah. Saya pernah lihat key cain daripada tempurung kelapa, tempat letak pen dan macam-macam lagi. Tu baru dari tempurung kelapa, jika anda nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik pada banner kat bawah. tak rugi pun mana lah tahu ia boleh jadi sumber pendapatan anda .
Klik je untuk pengetahuan.


Sekian
http://www.rinss.com

Rezeki sampah

Salam sejahtera
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Pada masa kini masalah sampah semakin ketara. yelah barangan plastik makin banyak. Anda tentu tahu bahawa plastik memerlukan puluhan tahun untuk merepu, malah ada yang perlukan masa yang lebih lama lagi. Oleh yang demikian kita perlu melakukan sesuatu agar sampah ini tadak terus meningkat.
Banyak syarikat telah mengurangkan penggunaan beg plastik. Malah ada hari-hari yang diistharkan sebagai hari tanpa bag plastik. Namun adakah anda tahu bahawa sampah trsebut mngkin menjadi rezeki kepada orang lain? nak tahu dengan lebih lanjut anda boleh klik pada banner dibawah.



Bagaimana mereka telah menukarkan sampah menjadi sumber pendapatan yang lumayan, Boleh jadi jutawan tu.... Selongkar rahsia mereka sekarang klik pada bannner kat bawah sekarang..




Sekian
http://www.rinss.com

Wednesday, June 30, 2010

5 sebelum 5

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setelah sekian lama maka hari ini 30 Jun merupakan hari terakhir untuk pertengahan tahun 2010. Telah cukup 6 bulan kita berada di tahun 2010, sudah bermacam-macam kisah suka dan duka telah kita alami dan lihat.Yang baik bolehlah dijadikan pengajaran namun yang buruk hendaklah dijadikan pengajaran. Kita sentiasa lupa itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia. Setelah mendapat sedikit kesenangan maka ia akan lupa segala masalah dan penderitaan yang lalu.
Kita perlu sentiasa dinigatkan oleh sebab itulah maka sentiasalah berpesan pesan kepada kebaikan kerana ia merupakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Jangan jemu untuk menyuruh berbuat kebaikan namun jemulah untuk membuat kejahatan. Setiap orang boleh menyeru kearah kebaikan namun hidayah hanya terletak pada yang Esa. Jika belum masanya lagi maka ia tak akan berlaku, tugas kita sebagai makhluk ialah membuat kebaikan dan bersabar dalam melakukannya. Semoga Allah akan membantu kita dan merahmati apa yang kita akan lakukan dan yang telah kita lakukan.
Sentiasalah ingat lima sebelum lima
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum papa
  • Lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati
Sekian
http://www.rinss.com

Tuesday, June 29, 2010

Perubahan itu perlu

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus. Jadikan hari ini lebih abaik dari semalam. Setelah melalui sepanjang enam bulan pada tahun 2010,bermakna kita telah berada separuh dari pada tahun2010. Apakah yang anda telah lakukan sepanjang masa tersebut? Adakah sesuatu yang dapat membanggakan anda? Tau azam pada tahun ini telah terlaksana?
Bagi yang telah berjaya tahniah, namun kepada yang masih dalam proses kejayaan usahakan dengan penuh daya dan upaya. Bagi mencapai apa yang telah kita rancang perubahan adalah amat perlu. Walaupun sedikit ia sangatlah perlu, dengan adanya perubahan tersebut maka kita semakin hampir denan kejayaan. Bagi seorang pelajar,setiap hari perlukan perubahan kerana anda sentiasa belajar sesuatu yang baru. Pastikan minda anda sedia untuk berubah bagi menerima ilmu. Sentiasalah berfikiran positif agar anda sentiasa ceria. Jika dulu anda buat satu latihan sehari mungkin pada mas ini anda boleh buat lima latihan. Sentiasa lakukan perubahan kearah yang lebih baik. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Sekian.
www.rinss.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...