Pages

Saturday, May 20, 2017

Menjadi penulis

Salam sejahtera,

Syukur hari ini dapat mengikuti bengkel menulis kisah hidup yang sedap dibaca. Bengkel dikendalikan oleh seorang jurulatih berkaliber yang telah menulis 28 buah buku, iaitu tn. Zamri Mohammad.

Bengkel kali ini telah menarik minat 50 orang peserta yang datang dari berbagai tempat. Ada yang datang sejauh negeri dibawah bayu bagi mendapatkan ilmu berharga ini. 

Berbagai teknik dan cara telah dikongsikan oleh tn Zamri antaranya ialah teknik 8 petak dan time line. Paling utama ialah fokus kepada penerbitan buku pertama. Ada lima jenis penulisan kisah hidup namun bagi penulis baru kaedah memoir adalah paling sesuai kerana penulisan boleh mengikut tema tertentu dan tidak terikat dengan masa.

Sisi kisah hidup yang mana hendak di tulis? Ia merupakan persoalan yang perlu dijawab agar terlahirlah buku yang pertama. Untuk cetakan minimum 50 naskah dengan 110 halaman, maka perlu ada sekurang-kurangnya 100 kisah hidup. Pasti dapat, apa yang perlu sekarang adalah fokus kepada penulisan kissah hidup dahulu.

Sebagai permulaan boleh kongsikan kisah hidup masa belajar. Sudah ada tiga hingga empat kisah yang tergambar diminda hanya perlu dicoretkan supaya terzahir. Pasti boleh. 

Sekian.

#coretansyah

********************************************************************************* Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Monday, May 15, 2017

Hari istimewa

Salam sejahtera,

Kehidupan kita sebagai seorag insan akan melalui banyak cabaran dan dugaan hidup. Itu adalah rencah kehidupan seperti kata pujangga. 

Sepanjang tahun banyak hari-hari yang istimewa yang disambut. Ada yang mendapat cuti khas ada yang tidak mempunyai cuti namun masih disambut dengan meriah. 

Antara hari-hari tersebut ialah hari pekerja, hari ibu, hari wanita, hari jururawat, hari guru, hari polis, hari tentera dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. 

Setiap sambutan tersebut diaharap dapat memberi semangat bagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, kita juga perlu menghargai setiap sumbangan yang telah diberikan oleh mereka terutamanya ibu dan ayah. 

Walaupun sambutan ini diadakan sebagai satu hari peringatan namun kita sepatutnya sentiasa menghormati setiap pekerjaan. Ia adalah satu pelengkap dalam kehidupan bermasyarakat. Bukan semua perkara dapat kita lakukan sendiri. 

Setiap orang adalah anak, ibu, ayah, isteri atau suami dalam sebuah keluarga. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula dari keluarga yang faham apakah tugas mereka. Maka ketua keluarga perlu menjaga dan menjadikan ahli keluarga tahu tugas masing-masing.

Sekian.

#coretansyah

*********************************************************************************
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com *********************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...