Pages

Saturday, April 9, 2011

Boleh ke kaya?

Salam sejahtera.

Semoga sentiasa ceria dan bertambah ilmu. Hari ini lebih baik dari semalam, merupakan prinsip yang terbaik kerana ilmu perlu dipertigkatkan setiap masa. Hanya dengan ilmu akan menjadikan kita lebih baik.

Biasa kita akan bertanya boleh ke nak jadi kaya?
Soalan ini biasa diajukan apabila kita tidak percaya bahawa kita boleh kaya. Semua orang boleh kaya namun cara untuk kaya adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang kaya dengan berniaga, ada yang kaya dengan memberi ceramah, ada yang kaya dengan kerja kerajaan dan berbagai-bagai cara lagi.

Bagi memudahkan kita mencapai kekayaan maka lebih baik mengenali potensi diri atau kelebihan diri kita. Banyak cara yang boleh di lakukan untuk mengenali potensi diri. Salah satu cara ialah menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri. Kaedah analisis ini memerlukan kita jujur supaya ia lebih telus. Kita juga boleh bertanya kepada rakan-rakan pendapat mereka tentang diri kita. Cara ini memerlukan kita berfikiran terbuka agar kita boleh menerima kelemahan dan kelebihan diri. Jangan hendak menyalahkan rakan jika mereka menyatakan perkara negatif berkaitan diri kita.

Setelah mengenal diri maka kita boleh lah membuat perancangan yang betul agar dapat meningkatkan kekayaan diri. Terdapat cara yang umum seperti menyimpan dan berjimat semasa berbelanja namun jika kita mengenali potensi diri kita boleh meningkatkan kekayaan dengan lebih khusus. Ini akan menyebabkan kekayaan yang diperolehi dalam masa yang lebih cepat.

Segeralah mengenal diri kita agar tindakan yang dilakukan bersesuaian dan tidak membazir masa dan tenaga. Untuk itu kita boleh lihat panduan mengenali potensi diri melalui tarikh lahir dengan klik disini.

Semoga anda terus kaya, berjaya dan bertaqwa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...