Pages

Friday, February 27, 2015

Memulakan penulisan di FB

Salam sejahtera,

Semoga sahabat semua sentiasa sihat dan ceria. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit lagi maklumat berkaitan penulisan di FB menjadi buku. 

Saya pasti ramai dikalangan sahabat telah pun mempunyai FB. Cuba perhatikan setiap post yang telah sahabat tulis. Adakah ia memfokus kepada sesuatu topik tertentu? Atau hanya mengikut perasaan? Walauapapun tulisan sahabat tidak menjadi masalah. Kerana kita tahu bahawa FB adalah laman sosial dan kita ingin berkongsi berbagai-bagai perkara.

Namun begitu jika kita boleh fokus kepada satu perkogsian maklumat pasti wall FB akan menjadi lebih bermakna. Tentu sahabat masih ingat formula 7/3 kan. Kita menghasilkan 7 post berkaitan dengan makluamat perniagaan dan 3 post santai. Dengan ini secara tidak langsung kita dapat menjenamakan kepakaran yang dimiliki. 

Perkongsian yang kita tulis akan menjadi perhatian pembaca apabila ia mampu menyentuh dua butang. Butang pertama ialah butang emosi pembaca. Antara butang emosi yang boleh disentuh ialah keseronokan, makanan, kebebasan dan keselamatan. Setelah butang emosi disentuh maka butang keduaakan berjaya berungsi. Butang tersebut ialah butang logik, ia terhasil daripada maklumat yang diketahui oleh pembacadan apa yang telah dipelajari. 

Apabila kedua-dua butang tersebut aktif maka pembaca telah pun tertarik dengan setiap post yang kita hasilkan. Untuk memudahkan kita mengaktifkan butang emosi dan logik pembaca, apa yang perlu dilakukan ialah memilih kategori pembaca.

Antara kategori pembaca ialah pesakit iaitu pembaca yang menjadikan hasil tulisan sebagai penawar, penyokong yang menjadi tulang belakang kita untuk menulis dan pemburu iaitu yang mencari maklumat untuk diterbitkan.

Mulai sekarang kenalpasti kategori pembaca sahabat dan pasti post yang ditulis akan menjadi perhatian. Selamat menulis di FB. 

Sekian, semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.
#coretansyah


****************************************************************************************
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. 
Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. 
Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com 

****************************************************************************************

Friday, February 20, 2015

Kenapa model 100 markah

Salam sejahtera,

Syukur dapat lagi saya kongsikan maklumat berkaitan dengan menukar status FB kepada buku. Semoga sahabat semua sudah bermula. Jika dihitung dari post pertama sehingga hari ini sudah hampir 3 minggu kan. Mungkin sahabat telah pun siap menulis untuk 2/3 buku. 

Saya akan nantikan buku sahabat semua. Teruskan menulis untuk memandaikan bangsa. Berbalik kepada model 100 markah dalam post yang lepas. Saya harap sahabat semua telah meningkatkan markah FB kepada 100% paling kurang pun 80%.

Kenapa penerbit menitik beratkan model 100 markah? Ini disebabkan oleh komitmen yang akan diberikan oleh penerbit apabila membuat keputusan untuk menerbitkan buku sahabat. Komitmen yang dimaksudkan di sini adalah dari segi pelaburan kewangan. 

Bagi menerbitkan sebuah judul ia melibatkan kos sehingga RM 12 000, manakala bagi judul yang bersiri boleh mencecah sehingga RM 100 00. Disebabkan nilai pelaburan yang tinggi maka penerbit sekarang perlu lebih teliti dalam mendapatkan penulis baru. 

Ini bagi memastikan pulangan yang bakal diterima adalah berbaloi dengan pelaburan yang dikeluarkan. Selain itu komitmen untuk promosi juga melibatkan kos yang tinggi. Namun ia tidak menjadi masalah apabila sahabat mempunyai peminat atau pembaca di FB yang ramai. 

Oleh itu mulakan kumpul peminat atau pembaca setia agar apabila terbitnya karya nanti ia akan mudah terjual. 

Sekian, Semoga sahabat semua ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang  saya akan bincangkan langkah menulis di FB.
  
Jom kongsi.
#coretansyah

****************************************************************************************
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com
****************************************************************************************

Friday, February 13, 2015

Model 100 markah FB.

Salam sejahtera,

Syukur sekali lagi kita dapat bersama berkongsi maklumat bagaimana menukar FB menjadi buku. Dalam dua post yang lepas saya telah kongsikan kenapa kita guna FB dan apakah ciri-ciri yang dilihat oleh penerbit. 

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi bagaimana penerbit memberikan markah kepada FB kita sebagai sokongan kepada ciri-ciri sebelum ini. Anda boleh memberi markah kepada setiap point yang akan saya kongsikan nanti agar anda tahu berapakah markah keseluruhan anda. Setiap point anda berikan nilai dari 1 hingga 10. 

1- Cover Foto
Apabila kita melihat kepada wall FB perkara pertama yang menjadi tumpuan ialah cover foto. Pastikan kita meletakan cover foto yang sesuai dengan bidang yang kita kuasai. Ia memberikan gambaran umum berkaitan dengan kepakaran yang kita miliki. 

2- Gambar Profail
Sebaiknya gambar profail adalah gambar anda. ini bagi memberitahu kepada penerbit itu adalah rupa anda yang paling menarik. Elakkan menggunakan gambar-gambar ikon atau objek-objek yang tidak berkaitan dengan bidang anda. Melainkan FB tersebut adalah syarikat anda.

3- Maklumat Profail
Berikan maklumat profail yang betul terutamanya email dan no telefon agar mudah penerbit ingin hubungi. Nyatakan juga kepakaran dan kemahiran yang anda miliki.

4- Buku
Buku yang anda baca juga mengambarkan diri anda. Maka banyak kan buku dalam bidang kepakaran anda disamping bahan bacaan lain. Supaya anda bukan menjadi robot.

5- Post
Maklumat yang anda pos memainkan peranan dalam mengambarkan idea dan maklumat yang adna ada. Oleh itu post lah perkara yang memberikan maklumat berkaitan kepakaran dan bidang anda. Untuk post ini anda mungkin boleh guna formula 7/3 iaitu 7 post berkaitan maklumat dan 3 post perkara yang santai.

6- Likes
Apa yang anda suka (like) juga memberikan kecenderungan anda dalam bidang tersebut. Lain kali jangan hanya like pastikan betul baru like.

7- Group
Ini mengambarkan dengan siapa anda suka bergaul. Pilih lah group yang sesuai dengan bidang kepakaran, namun tidak salah untuk berada dalam group lain kerana anda adalah insan bukan robot. 

8- Bilangan like dan komen
Pembaca yang memberi komen dan like juga penting, terutamanya pada post yang anda tulis. Ini mengambarkan kredibiliti anda dalam menyampikan maklumat. apabila ramai yang like dan komen maka anda banyak memberikan maklumat kepada pembaca.

9- Note
Pada ruangan ini anda boleh sediakan maklumat untuk membantu rakan-rakan dengan menyediakan panduan ringkas berkaitan sesuatu masalah. Perkongsian menggunakan note mudah untuk di perolehi berbanding dengan post. Ini akan memberikan kelebihan kepada anda apabila banyak note yang disediakan.

10- Siapa yang like dan komen
Pembaca anda juga memainkan peranan dalam membina kredibiliti anda. Apabila yang like dan komen merupakan pakar atau yang sama bidang. Ini memberikan gambaran bahawa anda adalah sumber rujukan dan penyelesai masalah. Anda adalah pakar.

11- Markah tambahan
Adakah anda hidup dalam dunia kerja semata-mata atau anda adalah manusia normal? Ruangan picture dapat mengambarkan kehidupan sosial anda bersama dengan keluarga dan rakan.

Bagaimana? Berapa markah yang anda dapat? Mungkin 100, 80, 50, 40? Tidak mengapa, berapa pun markah yang anda dapat, lakukan perubahan sekarang agar FB dapat mewakilkan kepakaran anda.

Sekian, semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang kenapa pentingnya model 100 markah ini kepada penerbit.

Jom kongsi
#coretansyah

****************************************************************************************
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com
  ****************************************************************************************

Friday, February 6, 2015

Apa yang penerbit mahu?

Salam sejahtera,

Syukur hari ini dapat saya kongsikan lagi bagaimana menjadikan status FB kepada buku. Apabila bercerita tentang buku, pasti ada yang tertanya-tanya siapa yang akan terbitkan buku tersebut? Ada penerbit yang akan terbitkan buku kita apabila mempunyai ciri-ciri tertentu. Nanti saya akan senaraikan ciri-ciri itu. 

Sebagai langkah kedua kita pun boleh terbitkan sendiri buku yang telah siap ditulis. Malah dengan adanya perkhidmatan Print On Demand (POD), maka kita boleh cetak dan edar sendiri buku tersebut. Tentang kos, sudah pasti kita yang tanggung. Namun semua keuntungan adalah milik kita. 

Pilihan sudah ada apa yang kita perlu tahu adalah ciri-ciri yang perlu ada agar buku yang dihasilkan akan laku dipasaran. Mengikut Tuan Zamri Mohamad, penerbit memerhatikan beberapa ciri tertentu terhadap penulis baru sebelum karya dapat diterbitkan. Ia berbeza dengan penulis lama yang mempunyai nama.

Antara ciri yang dilihat ialah mampu membina pembaca sendiri, mempunyai ciri-ciri penulis bukan hanya copy n paste, mempunyai ciri-ciri karya dalam penulisan dan paling utama ialah apabila dapat mengurangkan kos.

Apabila kita dapat mengurangkan kos kepada penerbit maka hasil tulisan kita telah memenuhi satu ciri yang dilihat oleh penerbit. Perkara ini dapat di kukuhkan lagi dengan kehadiran ramai pengikut yang membaca karya kita samaada di blog atau FB.

Sudah pasti sebagai seorang penulis, kita akan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Mungkin pada mulanya kita belum mempunyai gaya malah banyak mengikut karya tertentu. Namun apabila kita menulis dengan kerap dan konsisten pasti kita mempunyai gaya tersendiri. 

Semakin lama kita berkarya pasti akan wujud elemen-elemen seni dalam penulisan. Ini akan menjadikan karya kita lebih mudah sampai ke hati pembaca. Apabila memenuhi ciri-ciri tersebut pasti akan ada penerbit yang berminat untuk menerbitkan karya kita.

Sekian, semoga sahabat semua sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang saya akan kongsikan model 100 markah pada wall FB.

Jom kongsi.
#coretansyah


****************************************************************************************

Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com

****************************************************************************************

Friday, January 30, 2015

Dari FB menjadi buku.

Syukur pada hari ini dapat berkongsi sedikit maklumat dengan sahabat-sahabat semua. Pada 17 Januari 2015 yang lepas saya telah menghadiri satu seminar yang sangat menarik. Iaitu bagaimana menjadikan status Facebook menjadi buku. 

Seminar tersebut disampaikan oleh Tuan Zamri Mohamad yang merupakan seorang jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku. Mengikut beliau penggunakan FB sebagai medium sebagai penulisan adalah sangat efektif. 

Ini disebabkan kita akan sentiasa update status pada FB. Cara penulisan adalah ringkas dan berperingkat. Ia seupama kita menyediakan batu-bata untuk membuat bangunan. Boleh diibaratkan satu ststus sebagai satu batu-bata. 

Lagipun ini boleh menjadi satu proses berikir secara berperingkat. Apabila mendapat satu idea terus update di FB. Secara tidak langsung  setiap status yang telah dihasilkan menjadi satu proses dokumentasi secara berperingkat. 

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Tuan Zamri sendiri, setelah 5 hari menulis status di FB beliau berjaya menghasilkan 13 halaman dengan 2684 patah perkataan. 

Bayangkan apabila kita dapat menulis tiga status setiap hari, dengan 100 patah perkataan. Sebulan kita sudah menghasilkan 9000 patah perkataan. Kita sudah siapkan separuh buku yang mempunyai 100 muka surat. 

Malah kita sememangnya boleh menyiapkan satu buku dengan hanya menulis update di FB selama tiga bulan secara tetap. 
Pada post yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana menjadi kan status kita disukai dan diintai oleh penerbit buku (rahsia PTS). 

Semoga sahabat semua sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang saya akan kongsikan apa yang penerbit lihat pada penulis.

Jom kongsi.
#coretansyah

****************************************************************************************

Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com

****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...