Pages

Tuesday, December 30, 2014

Sebelum bermula

Salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai impian terutama apabila tiba tahun baharu. Impian tersebut akan menjadi lebih terkesan apabila ia melibatkan perasaan terhadap orang tersayang. Seperti ingin menghantar ibubapa menunaikan haji, menyediakan kediaman dan kemudahan yang selesa kepada keluarga dan bermacam-macam lagi. 

Apabila melibatkan ekonomi ramai yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu pilihan. Namun mereka tidak menyediakan diri untuk terjun dalam bidang tersebut. Antara ilmu yang perlu ialah kemahiran dalam bidang yang ingin diniagakan, ilmu pemasaran dan mengumpul data pelanggan. 

Selain itu mengikut Robert Toru Kiyosaki, seorang ahli perniagaan perlu melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang perniagaan dan perakaunan. Ini bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah mematuhi undang-undang agar perniagaan tidak mengalami kerugian akibat bayaran denda. 

Sebagai seorang peniaga kita perlu melatih ahli keluarga agar berfikir seperti peniaga. Mulalah latih anak-anak berkaitan perniagaan seawal usia muda agar mereka mengerti cara-cara berniaga. Sokongan pasangan juga penting kerana dalam perniagaan akan ada masa untung dan rugi. 

Persediaan dari segi mental amat penting supaya kita tidak mudah patah semangat dengan perniagaan yang dimulakan. Setiap langkah yang diambil pasti akan ada kesan dan akibat. Oleh itu kita perlu bersedia dengan apa sahaja kesan yang dihadapi.

Pastikan kita mempunyai ilmu dan mentor dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Dapatkan mentor yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Sebaik-baiknya yang telah melakukan secara perktikal bukan hanya teori.

Ilmu yang paling bermanafaat ialah berdasarkan pengalam, kita akan menjadi lebih bijak apabila menggunakan pengalaman orang lain untuk kejayaan secara cepat. Dapatkan ilmu dari mereka yang telah berjaya supaya kita dapat menggunakan jalan pintas untuk berjaya.

Semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...