Pages

Tuesday, November 10, 2009

Sedia berubah

Salam
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Bagaimana nak buat?? Mudah sahaja jika kita dapat menambah sedikit ilmu baru setiap hari.
Jika kita sudah tahu berkaitan sesuatu perkara, kita boleh sebarkan kepada rakan-rakan yang belum tahu. Bagi diri kita pula jadikan sebagai peringatan.
Perkataan hijrah sudah menjadi amat biasa kepada kita, namun pengertiannya adalah amat besar. Pada masa dahulu hijrah bermaksud perpindahaan dari satu tempat ke suatu tempat lain. Di zaman yang serba canggih ini ia mungkin difinasi hijrah boleh diperluaskan lagi. Berubah dari keadaan kurang baik kepada lebih baik, dari tiada ilmu kepada berilmu dan bermacam-macam lagi. Adakah jika kita berubah dari baik kepada buruk adalah hijrah???
Sentiasalah bersedia untuk berubah, kerana dengan sedikit perubahan akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita. Macam sebuah kapal di lautan perubahan beberapa darjah sahaja akan menyebabkan ia terpesong dari destinasi. Perubahan kearah yang positif adalah lebih digalakan kerana kita akan mendapat lebih kebaikan.
Sekian

ps: ubahlah minda untuk lebih berjaya, mulakan dari sekarang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...