Thursday, February 12, 2009

Roket air.....

MinisiteTanpaPhotoshop


Salam.
Wah hebat juga roket air ni, baru test pelancar. Pada hari pertandingan pasti sengit. Nak buat roket air tak susah hanya perlu botol 1.5l, kertas keras, plastesin, kad bord, gunting, dan pelekat.
Rekabentuk pula terpulang kepada anda nak buat banyak fin atau kepala yang tajam. Selagi ia nampak seperti roket, namun kenalah ikut peraturan pertandingan. Jika nak main sendiri tak kisah.
Nak buat pelancar pun mudah je. Hanya guna batang paip pvc dan pam motor. Saiz pelancar bergantung kepada anda. Biasanya pertandingan roket air ni ada tiga kategori yang pertama ialah brdasarkan roket yang paling jauh, kedua tembah sasaran (hit target)dan ketiga ialah payung terjun. Bagi setiap kategori peraturan adalah berbeza. Sekarang ni pun saya sedang mencari peraturan yang standard bagi pertandingan.
Jika ada sesiapa yang boleh membantu adalah amat dihargai.
Sekian wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...