Pages

Monday, December 22, 2008

Baca nota....

Salam
Semoga anda sentiasa ceria, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Semua pelajar akan mempunyai nota apabila belajar. Kenapa anda perlukan nota? Ye lah nak baca buku tebal2 mana larat kan, jadi untuk memudahkan anda belajar maka anda perlukan nota ringkas yang hebat dan padat. Bagaimana nak buat nota ye??? Itu terpulang kepada kebijaksanaan anda sebagai pelajar, anda sudah sampai ketahap ini maka anda boleh memilih cara yang sesuai untuk membuat nota. Biasanya pelajar akan membuat peta minda ada juga yang membuat nota ringkas. Namun sebelum anda dapat membuat semua itu anda perlu tahu apa yang penting dalam sesuatu bab.
Dengan mengetahui keperluan setiap bab ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan ini memudah kan anda mengumpul maklumat yang perlu dalam nota. Nota yang dibekalkan oleh guru juga perlu dibaca, jangan hanya salin dan simpan. Jadikan rujukkan untuk membuat latihan.
Semoga anda akan berjaya menyediakan nota yang berkualiti dan dapat membantu anda.
Sekian wassalam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...