Pages

Wednesday, December 17, 2008

Apa kelebihan anda??

Salam.
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Selalu kita dengar orang mengeluh bahawa dia tidak tahu. Adakah anda sama macam mereka? Hidup ini jangan banyak mengeluh, kerana itu menunjukkan anda telah putus asa. Setiap orang dalam dunia ini ada peranan masing-masing. Kemahiran setiap orang tidak srupa walaupun dalam bidang yang sama. Anda lihat sahaja disekeliling anda, jika anda seorang pelajar tidak semua pelajar adalah sama ada yang terlalu bijak, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Jika diperhatikan pelajar yang bijak mereka tidak perlu belajar terlalu lama bagi memahami sesuatu bab. Kenapa??
Manakala bagi pelajar yang lemah mereka perlu bekerja keras mungkin dua (2) atau tiga (3) kali ganda berbanding pelajar yang bijak. Kenapa ye?? Semua itu adalah anugerah yang diberikan oleh Yang Maha Esa untuk setiap hambaNya. Dari situ kita akan dinilai adakah kita merupakan hamba yang bersyukur atau tidak. Tidak ada satu makhluk pun yang diciptakan adalah sia-sia melainkan ada kegunaan atau sumbangan masing-masing.
Jika anda terasa anda lemah dalam satu bidang anda mungkin ada kelebihan dalam bidang lain. Oleh itu jangan terlalu merendah diri sehingga anda lupa untuk bersyukur. Ada orang diberi kepintaran yang bagus namun dia lemah dalam pengurusan. Ada pula yang bagus dalam menjahit namun dia mungkin tidak tahu memasak.
Oleh yang demikian anda perlu mengenalpasti apakah klebihan dan kelemahan anda bagi mencapai matlamat yang dirancang.
Mungkin ini adalah permulaan yang baik untuk anda senaraikan kelebihan dan kelemahan anda menjelang tahun baru hijrah dan masihi.
Sekian, wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...