Pages

Monday, December 15, 2008

Akhir tahun 2008

Salam
Semoga anda semua ceria dan gembira, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Hanya tinggal 15 hari sahaja bulan disember tahun 2008. Sudahkah anda mencapai segala target dan impian anda? Jika belum masih ada peluang untuk melakukannya. Andai tidak tercapai jangan terus mengalah, cuba teruskan pada tahun 2009. Jadikan target anda itu lebih sesuai, mungkin dari segi masa atau kehendak yang terlalu tinggi. Buat pelan tindakan agar kita dapat mencapai tahap tertinggi namun tidak akan menyusahkan kita.
Contoh mudah, untuk mendapatkan wang sebanyak satu juta (RM 1,000,000)anda hanya perlu menjual barangan yang berharga RM1 kepada satu juta orang. Anda juga boleh menjual barangan yang berharga RM1,000 kepada seribu(1000) orang atau anda boleh menjual barangan kepada seorang sahaja dengan harga RM1,000,000. Anda yang membuat pilihan segalanya adalah mungkin, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mulakan langkah yang pertama itu.
Jadikan langkah pertama itu adalah yang terbaik agar anda akan sentiasa mendapat motivasi yang tinggi.
Sekian wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...