Pages

Thursday, February 5, 2009

Tulis idea anda...



Salam,
Semoga hari sentiasa cerah dan bersinar.
Setiap makhluk yang ada dibumi ini ada kelebihan dan kegunaan masing-masing. Jadi jangan anggap diri anda tiada fungsi dan tidak berguna. Semua orang ingin berjaya namun kejayan adalah ukuran individu. Kita mungkin anggap mereka tidak berjaya namun bagi mereka ia sudah berjaya. Macam seorang kaki pancing kejayaan yang dirasai adalah apabila mendapat ikan. Kita mungkin kata ikan kecil tak berbaloi namun itu adalah kejayaan bagi mereka.
Bagi mencapai sesuatu kejayaan kita perlu mempunyai perancangan. Dengan dengan rancangan yang baik pun belum tentu akan berjaya jika anda masih meletakkannya di dalam fikiran. Oleh itu anda perlu menulis setiap perancangan atau matlamat agar ia dapat di terjemahkan secara nyata. Bacalah matlamat tersbut setiap hari agar ia manjadi sebati dengan diri dan fikiran anda.
Dengan itu jangan lupa tulis setiap idea yang anda dapat agar ia boleh menjadi matlamat anda pada masa akan datang. Idea yang datang mungkin tidak sesuai pada masa tersebut namun ia akan berguna pada masa yang lain. Anda tidak akan menyesal jika anda sudah mempunyai perancangan terhadap perkara tersebut.
Sekian wassalam.

Wednesday, February 4, 2009

Fikir positif..

Salam,
Hari yang cerah tidak sentiasa kekal, bersedialah dengan payung jika nampak mendung. Semoga anda sentiasa ceria dan tersenyum...
Supaya hidup sentiasa ceria dan gembira petua yang biasa diberikan ialah sentiasalah berfikiran positif. Betul tu jiak tak percaya anda boleh cuba. Bangun dari tidur hingga anda tidur kembali sentiasa berfikiran positif. Nak cakap mudah lah bila nak buat wah bukan main susah.
Maklumlah kita ni terlalu banyak disogokkan dengan perkataan-perkataan negatif. Dari kecil hingga besar perkataan JANGAN adalah biasa didengar. Mungkin disebabkan itu lah maka kita ni susah nak fikir perkara yang positif.
Jika kita lihat pemandu yang memandu laju, terus perkara negatif yang terlintas difikiran. Tahukah anda apabila berfikir positif maka kita tidak akan marah dengan perkara tersebut, ini akan mengurangkan tekanan.
Sentiasalah berfikiran positif, demi menjaga kesihatan dan menarik ilmu yang bermanfaat kepada anda.
Sekian, wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...