Salam sejahtera
Hari ini lebih baik dari semalam, sentiasa lah berusaha untuk majukan diri.
Setelah sebulan berpuasa hari raya telah disambut sebagai tanda kemenangan, tentu semua dah puas hati kan dapat cuti raya. Mungkin tidak lama cuti namun kunjung-mengunjung masih tetap dilakukan. Sepanjang bulan ni pasti ada yang akan buat rumah terbuka. Elakkan pembaziran dan amalkan sikap berjimat cermat.
Masalah utama selepas raya ialah kehabisan duit, maklumlah masa raya tak ingat nak belanja je untuk kelengkapan. Sepatutnya ukurlah baju di badan sendiri. Jangan sampai membuat pinjaman dengan pihak ahlong nanti merana badan dan keluarga. Jika sendiri tanggung tak apalah kan ni libatkan ahli keluarga yang tak tahu apa-apa.
Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat, nak selamat pastikan semua mengikut keperluan bukan mengikut kehendak.
bagaimana nak bezakan benda tu ye???
http://www.rinss.com/
No comments:
Post a Comment