Pages

Monday, September 6, 2010

Selamat hari raya...


ps: tempoh terhad 5 hari sahaja dapatkan segera, pakej mula yang hebat


Salam sejahtera
Semoga sentiasa sihat dan ceria. Setelah 27 hari kita berpuasa maka Syawal akan menjelma. Kejayaan kita dalam mengharungi dan mengimarahkan bulan puasa ini diharap akan dapat diteruskan sehingga ke ramadan yang akan datang.
Persiapan hari raya semakin rancak dijalankan, ada yang mengambil peluang pada hari-hari terakhir ni untuk mendapatkan potongan harga yang lebih tinggi. Pelbagai juadah raya yang dijual dan mudah untuk diperolehi. Namun kita jangan lah membazir kerana ia akan memudaratkan sumber kewangan.
Dalam media masa dan cetak kita dapat lihat banyak pihak yang telah menganjurkan majlis berbuka puasa dengan meraikan anak-anak yatim. Diharap sumbangan terhadap golongan yang memerlukan ni akan dapat diteruskan lah jangan hanya pada bulan puasa je.
Dalam bulan puasa gak kena keluarkan zakat ini penting terutamanya zakat fitrah. Jika ia tidak dibayar maka pahala puasa akan tergantung di awangan. Tu mengikut pembacaan dan ceramah yang saya dengar lah. Bukan nya mahal pun ia mengikut negeri, kat johor ni RM 7.50. Bagi yang menangung keluarga bayaran mengikut yang ditanggung. Para bapa yang baru mendapat baby tu jangan lupa bayar untuk orang baru tu. Nak lebih jelas tanya para ustaz dan imam.
Zakat fitrah ni jangan dilambatkan kerana ia boleh luput. Bukan macam zakat-zakat lain boleh dibayar pada bila-bila masa. Zakat fitrah last bayar sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri, jika selepas tu baru nak bayar dah jadi sedekah lah bukan zakat fitrah lagi.
Jadi segerakanlah jangan nak bertangguh lagi dikhuatiri lupa kerana kesibukan persiapan nak raya ni.
Sekian
http://www.rinss.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...