Pages

Thursday, February 21, 2019

Copywriting storytelling


Syukur hari ini dapat belajar kaedah untuk melakukan copywriting storytelling. Secara umum terdapat peraturan yang perlu dipatuhi supaya copywriting berjaya menarik pembaca untuk membaca sehingga ke ayat terakhir.

Menulis copywriting menggunakan storytelling sebaiknya mempunyai cerita yang berkaitan sesuatu topik dan ditambah dengan perasaan. Sebagai contoh apabila ingin menceritakan kelazatan menikmati kambing bakar.

“Dengan bau enak yang menusuk hidung, aroma kelazatan kambing golek memanggil untuk segera dijamah. Percikan rempah yang jatuh ke arang menambah bunyi desiran diikuti asap yang menyelubungi kedai. Walaupun hari yang panas terik dengan sang matahari memancar garang, tidak mematahkan semangat penggemar kambing golek beratur panjang menunggu tempat kosong.

Sekali cuba pasti akan terngiang-ngiang di minda untuk kembali membasahkan tekak dengan kelazatan daging yang empuk serta berjus. Rempah ratus yang diperap menjadikan rasa asli zaman Nusantara.”


Itu adalah contoh storytelling yang boleh dihasilkan, paling mudah ialah dengan melakukan kaedah penceritaan seperti berbual dengan rakan. Kaedah ini perlu dipelajari dan dilatih supaya dapat menghasilkan ayat yang lebih menarik. 

Teruskan belajar dan menulis supaya setiap ilmu yang dipelajari menjadi amalan serta sumbangan kepada masyarakat. 




Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...