Pada hari ini kita masih dikurniakan kesihatan dan usia untuk terus melakukan kebaikan. Sebagai orang yang paling bergua ialah yang paling banyak membuat kebaikan kepada orang lain.
Semasa menjalankan sesuatu perniagan pasti kita akan menghadapi cabaran, setiap cabaran perlu dihadapi dengan bijak. Ini akan berlaku apabila kita mempunyai dalaman yang positif. Seperti kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad, dunia dalaman akan mempengaruhi dunia luaran.
Supaya sentiasa positif maka kita perlulah mememohon kepada Yang Maha Kuasa untuk memberikan ketenangan, hanya dengan ketenangan akan menjadikan akal kita bertindak dengan betul. Apabila kita dapat menggunakan akal dengan waras maka setiap keputusan yang dilakukan adalah mengikut pertimbangan yang wajar.
Banyak cara supaya kita berada dalam keadaan positif, selain daripada memohon kepada Yang Maha Kuasa kita juga perlu mempunyai kawan-kawan yang berfikiran positif. Elakkan berkawan rapat dengan mereka yang sentiasa bercakap negatif.
Seperti sebuah cerita yang sering kita dengar sebagai bidalan, apabila berkawan dengan seorang penjual minyak wangi maka kita pun akan mendapat tempias bau yang wangi. Namun jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asap.
Namun semuanya adalah pilihan kita seperti yang dinyatakan oleh Stephen C. L. dalam bukunya FISH, kita yang membuat pilihan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Malah untuk peringkat lebih besar seperti dalam sesebuah organisasi pun sikap positif adalah amat penting.
Dalam buku tersebut Stephen C. L. menceritakan tentang satu jabatan yang hampir dilupuskan dalam sebuah organisasi. Namun mereka telah bangkit apabila mengetahui kenapa jabatan tersebut menjadi begitu. Malah mereka akhirnya menjadi satu jabatan yang paling cemerlang.
Nanti apabila berpeluang kita akan lihat lagi faktor yang menyebabkan mereka boleh berjaya. Buat masa ini kita perlulah berfikiran positif untuk terus maju dan tahu apakah tujuan kita di sini. Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita lebih positif.
No comments:
Post a Comment