Salam sejahtera,
Semua orang ingin berjaya, namun berapa ramai yang tahu bahawa dia telah berjaya? Jika ingin ditafsirkan kejayaan, ia berbeza bagi setiap individu, kelompok bidang dan kerjaya.
Sebagai contoh seorang pelajar yang mendapat 1A telah berjaya bagi dirinya jika sebelum ini dia hanya mendapat semua C. Namun bagi kawan-kawannya akan menyatakan dia belum berjaya kerana belum dapat semua A. Kejayan dalam pelajaran bagi masyarakat adalah perlu dapat semua A. Namun bagi pelajar yang hebat, bukan hanya A yang dilihat tetapi berapkah markah yang diperolehi kerana A adalah dalam julat markah 90% - 100%.
Itulah sedikit penjelasan berkaitan dengan kejayaan, namun semua itu terpulang kepada setiap individu kerana kejayaan terletak dalam diri individu tersebut.
Kejayaan pertama ialah terletak dalam minda kita, apabila kita kita akan dapat lakukan maka kita telah berjaya. Sebagai contoh apabila hendak pergi ke sesuatu tempat kita akan memikirkan cara dan jalan yang paling mudah untuk sampai.
Pada masa itu minda kita telah merancang setiap kejayaan yang akan kita lakukan. Namun jika minda kita sentiasa negatif maka kita akan melihat kesukaran yang akan dilalui. Oleh itu pastikan minda kita sentiasa dalam keadaan positif.
Bagi memastikan ia sentiasa positif pastikan kita sentiasa senyum. Amalkan ia kerana ia akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Kita suka kepada orang yang senyum kan, maka kita senyum supaya orang disekeliling memberikan aura positif.
************************
************************
e="text-align: justify;"> Lagipun senyum adalah sedekah yang paling mudah, tidak perlu keluarkan wang ringgit. Sentiasalah bersedekah supaya kita akan menyeru rezeki dan kejayaan ke dalam kehidupan seharian.Kata Dr. Azizan Osman "Jangan percaya apa yang diberitahu, tetapi buat dulu, kemudian lihat hasilnya".
No comments:
Post a Comment