Salam sejahtera,
Apabila hendak memulakan perniagaan modal adalah masalah utama bagi kebanyakan orang. Maklumlah nak dapat RM 100 ke RM 200 bukannya mudah. Nak kena kumpul berbulan baru dapat.
Cuba kita lihat secara positif bagaimana nak mula tanpa modal. Kita sebenarnya ada modal yang tidak memerlukan wang. Keupayaan dan kemahiran serta akal fikran adalah modal utama untuk menghasilkan wang. Apabila kita menggunakan modal percuma ini dengan betul wang akan datang dengan senderinya.
Namun ramai yang tidak menggunakan modal ini, kerana mereka kata tiada modal. Yelah modal yang ni nak kena sentiasa ditambah maklumat agar ia sentiasa aktif dan kreatif. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah lihat kemahiran yang kita ada. Jika kita pandai menulis mungkin kita boleh menjadi seorang penulis. Jika kita mahir menggunaan komputer kita boleh mengambil upah untuk menaip atau membina power point. Langkah pertama ialah cari kemahiran yang ada dalam diri kita.
Sekarang dah nampak apa modal yang kita ada? Tidak semestinya wang ringgit tetapi kemahiran dan ilmu adalah paling utama. Jika tidak masakan mereka yang kaya boleh terus kaya? Mereka banyak menggunakan akal untuk terus maju dan berjaya.
Mulakan sekarang agar kita tidak ketinggalan.
************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************
No comments:
Post a Comment