Pages

Wednesday, June 30, 2010

5 sebelum 5

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setelah sekian lama maka hari ini 30 Jun merupakan hari terakhir untuk pertengahan tahun 2010. Telah cukup 6 bulan kita berada di tahun 2010, sudah bermacam-macam kisah suka dan duka telah kita alami dan lihat.Yang baik bolehlah dijadikan pengajaran namun yang buruk hendaklah dijadikan pengajaran. Kita sentiasa lupa itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia. Setelah mendapat sedikit kesenangan maka ia akan lupa segala masalah dan penderitaan yang lalu.
Kita perlu sentiasa dinigatkan oleh sebab itulah maka sentiasalah berpesan pesan kepada kebaikan kerana ia merupakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Jangan jemu untuk menyuruh berbuat kebaikan namun jemulah untuk membuat kejahatan. Setiap orang boleh menyeru kearah kebaikan namun hidayah hanya terletak pada yang Esa. Jika belum masanya lagi maka ia tak akan berlaku, tugas kita sebagai makhluk ialah membuat kebaikan dan bersabar dalam melakukannya. Semoga Allah akan membantu kita dan merahmati apa yang kita akan lakukan dan yang telah kita lakukan.
Sentiasalah ingat lima sebelum lima
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum papa
  • Lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati
Sekian
http://www.rinss.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...