Wednesday, February 4, 2009

Fikir positif..

Salam,
Hari yang cerah tidak sentiasa kekal, bersedialah dengan payung jika nampak mendung. Semoga anda sentiasa ceria dan tersenyum...
Supaya hidup sentiasa ceria dan gembira petua yang biasa diberikan ialah sentiasalah berfikiran positif. Betul tu jiak tak percaya anda boleh cuba. Bangun dari tidur hingga anda tidur kembali sentiasa berfikiran positif. Nak cakap mudah lah bila nak buat wah bukan main susah.
Maklumlah kita ni terlalu banyak disogokkan dengan perkataan-perkataan negatif. Dari kecil hingga besar perkataan JANGAN adalah biasa didengar. Mungkin disebabkan itu lah maka kita ni susah nak fikir perkara yang positif.
Jika kita lihat pemandu yang memandu laju, terus perkara negatif yang terlintas difikiran. Tahukah anda apabila berfikir positif maka kita tidak akan marah dengan perkara tersebut, ini akan mengurangkan tekanan.
Sentiasalah berfikiran positif, demi menjaga kesihatan dan menarik ilmu yang bermanfaat kepada anda.
Sekian, wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...