Pages

Wednesday, April 22, 2009

Idea di perlekeh???



Salam.
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira.... Jika nak pastikan anda sentiasa bersemangat sepanjang hari mulakan dengan bersyukur....
Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian. Memang patut pun ada impian, apa yang anda kena pastikan ialah impian tersebut terlaksana. Sekarang dah nak penghujung bulan 4/2009 dah hampir suku tahun berlalu. Bagi yang azam tahun ni belum jalan boleh teruskan... jangan berhenti cuma lakukan sedikit ubahsuai.
Anda tentu pernah diperlekehkan atau disindir dengan impan tersebut. Anggaplah sindiran tersebut sebagai kata-kata semangat terhadap usaha anda. Apabila kita ingin menjadikan impian sebagai kenyataan maka langkah utama ialah tulis dan pamerkan agar kita dapat melihat setiap hari. Azizi Ali ada mengatakan bahawa langkah yang paling sukar ialah memberitahu orang impian kita kerana jika tak tercapai maka orang akan mengata.... Itulah kelamahan orang kita ni... Tak dapat lakukan dikutuk dah dapat lakukan pun kena kutuk.....
Biasanya yang mengutuk ni adalah orang yang dah selesa dengan keadaan dia dan tidak suka melihat orang lain lebih berjaya. Bukan nak support tapi makin kutuk adalah.... jika dah berjaya dia kata dah nasib.... Bagi orang yang berjaya nasib adalah yang paling akhir dilihat paling utama adalah usaha dan perancangan.
Jika dah ada idea lakukan sekarang apabila dah berjaya baru bagitahu kepada orang adalah sesuatu yang bagus gak namun masa untuk berjaya tu lamalah..... kita jadi kurang semangat nak lakukan kerana tiada perkara yang mendesak... Bayangkan jika anda dah bagi tahu kepada rakan-rakan nak dapat A dalam setiap exam.... Jika tak dapat apa yang akan berlaku??? Oleh itu anda akan lakukan segala cara agar berjaya dan pada masa ini minda sedar dan minda tak sedar anda akan bekerja keras bagi idea untuk dapat A....Segala idea akan keluar, masa ni lah anda akan dapat idea yang baik dan jahat.... Andalah yang kena tapis mana nak guna....

Jadikan setiap sindiran tu sebagai motivasi untuk berjaya.....

Sekian wassalam.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...