Pages

Tuesday, April 16, 2019

Pastikan cukup

Salam sejahtera, 

Semasa berbelanja di sebuah pasar raya, suasana agak sesak dengan pelanggan yang berbelanja dengan banyak. Setelah selesai mengambil barang yang diperlukan, terus kekaunter untuk melakukan pembayaran. 

Dihadapan seorang lelaki dan isterinya sedang melakukan pembayaran, selesai sahaja juruwang memasukan harga dan menjumlahkan harga. Sisuami mengeluarkan kad untuk melakukan pembayaran. 

Juruwang tersebut bertanya ingin menggunakan "wave" atau pin? Terus dia menjawab gunakan "wave". Dengan perkhidmatan "wave" ni mudah unutk melakukan pembayaran tanpa memasukan kata laluan pada alat pembaca kad. Namun nilai tidak dapat di jelaskan disebabkan telah melebihi had. Digunakan cara memasukkan kata laluan juga menemui jalan buntu. 

Semasa mereka sedang berbincang ingin menyelesaian masalah tersebut, terpapar nilai pembelian adalah RM 111.50. Mungkin kadar pembayaran menggunakan kedua-dua kaedah tersebut telah dihadkan kepada RM100. Ini menyebabkan proses pembayaran tidak dapat dilakukan. 

Sebelum melakukan pembayaran menggunakan kad debit perlulah dipastikan had yang telah ditetapkan supaya pembayaran dapat dilakukan dengan lancar. Ini bagi memastikan pelanggan lain tidak menghadapi kesulitan.

Akhirnya mereka dapat melakukan pembayaran apabila mengenluarkan tunai dari mesin ATM berhampiran. 


Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Wednesday, April 10, 2019

Perkara baik.

Salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai sifat baik dalam diri. Apabila melakukan kesalahan kita akan segera memohon keampunan. Paling mudah ialah dengan beristighfar. Namun kita perlu sentiasa mengingatkan diri untuk berhati-hati agar kesalahan tersebut tidak berulang. 

Apabila melakukan kesalahan hanya pada Yang Maha Esa urusan kita hanya berserah kepadaNya. Namun apabila melibat makhluk lain fasa keampunan akan bertambah. Elakkan daripada melakukan kesalahan pada orang terutamanya yang melibatkan perkataan.

Pada zaman teknologi maklumat ini, setiap perkataan yang ditulis akan kekal dan dapat di lihat serta dikongsi oleh ramai orang. Sentiasa beringat sebelum menulis perkara yang boleh menimbulkan persangka negatif. Kongsikan perkara-perkara kebaikan agar ia menjadi talian hayat semasa kita di sana. 

Jadilah orang yang kaya di dunia dan di akhirat. Itu adalah pilihan kita, untuk menjadi kaya atau menjadi seorang yang muflis. Kita perlulah sentiasa ada perasaan sayang kepada semua makhluk di muka bumi ini. Dengan sifat kasih sayang kehidupan akan menjadi lebih bahagia. 

Bagi permulaan pasti amat sukar untuk melakukannya, oleh sebab itu kita perlu memohon kepada Allah untuk membantu. Ini kerana setiap perbuatan hamba adalah dengan kekuasaan dan aturan Yang Maha Esa.  





Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Thursday, February 21, 2019

Copywriting storytelling


Syukur hari ini dapat belajar kaedah untuk melakukan copywriting storytelling. Secara umum terdapat peraturan yang perlu dipatuhi supaya copywriting berjaya menarik pembaca untuk membaca sehingga ke ayat terakhir.

Menulis copywriting menggunakan storytelling sebaiknya mempunyai cerita yang berkaitan sesuatu topik dan ditambah dengan perasaan. Sebagai contoh apabila ingin menceritakan kelazatan menikmati kambing bakar.

“Dengan bau enak yang menusuk hidung, aroma kelazatan kambing golek memanggil untuk segera dijamah. Percikan rempah yang jatuh ke arang menambah bunyi desiran diikuti asap yang menyelubungi kedai. Walaupun hari yang panas terik dengan sang matahari memancar garang, tidak mematahkan semangat penggemar kambing golek beratur panjang menunggu tempat kosong.

Sekali cuba pasti akan terngiang-ngiang di minda untuk kembali membasahkan tekak dengan kelazatan daging yang empuk serta berjus. Rempah ratus yang diperap menjadikan rasa asli zaman Nusantara.”


Itu adalah contoh storytelling yang boleh dihasilkan, paling mudah ialah dengan melakukan kaedah penceritaan seperti berbual dengan rakan. Kaedah ini perlu dipelajari dan dilatih supaya dapat menghasilkan ayat yang lebih menarik. 

Teruskan belajar dan menulis supaya setiap ilmu yang dipelajari menjadi amalan serta sumbangan kepada masyarakat. 




Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Monday, June 4, 2018

Pengenalan DP014 dan DP024

Salam Sejahtera, 

Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. Pada kali ini peluang untuk mengajar pelajar dua tahun (PDT) bagi sesi 2018/2019. Seramai 500 pelajar PDT yang mendaftar, ini merupakan bilangan pelajar PDT paling ramai mengambil kursus fizik. 

Tahniah kepada mereka yang berjaya menjejakan kaki ke Kolej Matrikulasi Selangor. Bagi kursus Fizik PDT (DP014 dan DP024) pelajar perlu mempelajari sebanyak 15 bab seperti senarai di bawah.

Tajuk Semester 1 DP014
Bil
Tajuk
1
Introduction to Physics
2
Linear Kinematic
3
Momentum and Impulse
4
Forces
5
Work, Energy and Power
6
Gravitation
7
Rotational of Rigid Body
8
Heat, Gas Law and Thermodynamics

Tajuk Semester 2 DP024
Bil
Tajuk
1
Simple Harmonic Motion
2
Mechanical Wave
3
Capacitors
4
Electric Current and Direct-Current Electric Circuits
5
Magnetism & Electromagnetic
6
Geometrical Optics
7
Physical Optics

Persediaan mental dan fizikal adalah perlu bagi menghadapi situasi pembelajaran. Segala kemahiran yang telah dipelajari semasa di sekolah dahulu perlu digunakan sepenuhnya semasa di peringkat matrikulasi. 










Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Wednesday, September 13, 2017

Leraian vektor

Salam sejahtera, 


Topik asas bagi fizik mekanik ialah pengukuran dan unit. Dalam topik ini ia berkaitan dengan penggunaan alat pengukuran seperti pembaris, angkup viner dan mikro meter. Selain penggunaan alat kemahiran penukaran unit juga penting terutamanya penulisan dalam unit SI. 

Penukaran unit akan sentiasa digunakan dalam topik-topik seterusnya. Kemahiran kedua yang menjadi asas dalam topik asas ialah leraian vektor. Proses leraian vektor perlu digunakan apabila satu vektor berada diantara paksi x dan paksi y. 

Pengiraan biasanya dilakukan dalam satu dimensi iaitu paksi x atau paksi y. Apabila melibatkan dua dimensi maka proses leraian perlu dilakukan bagi melaksanakan pengiraan. 


Langkah pengiraan akan di jelaskan dalam post yang lain. 

Terima kasih.

Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...