Pages

Showing posts with label perubahan. Show all posts
Showing posts with label perubahan. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Tahun baru Hijrah 1432

Salam luar biasa bagussss.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam supaya kita menjadi orang yang beruntung. Jangan jadi orang yang rugi dan apatah lagi orang yang celaka. Sekurang-kurangnya tambahlah satu ilmu setiap hari.
Dengan ilmu kita akan menjadi orang yang sentiasa beruntung. Kita akan lebih tahu daripada orang lain dan kita dapat membantu orang lain pula. Perkongsian yang tidak akan hilang ialah perkongsian ilmu yang bermanafaat. Ia akan menjadi satu sumber rezeki yang tidak akan putus dan sentiasa berkembang jika terus disebarkan. Namun jika menyebarkan ilmu yang salah kita juga akan menerima musibag yang buruk. Maka ingatlah sentiasa cari ilmu yang bernafaat dan sebarkan.
Sempena sambutan Maal Hijrah 1432 ni kita sepatutnya menjadi orang yang lebih berjaya pada tahun lepas, berubah adalah perlu jika ingin berjaya. Ada seorang pakar motivasi telah berkata untuk berjaya anda perlu sedar dan berubah. Jika anda tidak sedar maka tidak aakan ada perubahan boleh dilakukan. Begitu juga jika kita hanya sedar tetapi tidak berubah maka kejayaan pun bukan milik kita. Oleh itu kita perlu sedar dan berubah agar kita akan berjaya.
Sedarlah apa yang berlaku disekeliling kita dan apa yang diperlukan untuk melakukan perubahan, mulakanlah sekarang kerana ini adalah masa yang paling tepat untuk melakukan perubahan. Mulakan sekarang demi kejayaan pada masa hadapan.

Hijrahlah kearah kejayaan.


www.remajadigital.com

Tuesday, June 29, 2010

Perubahan itu perlu

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus. Jadikan hari ini lebih abaik dari semalam. Setelah melalui sepanjang enam bulan pada tahun 2010,bermakna kita telah berada separuh dari pada tahun2010. Apakah yang anda telah lakukan sepanjang masa tersebut? Adakah sesuatu yang dapat membanggakan anda? Tau azam pada tahun ini telah terlaksana?
Bagi yang telah berjaya tahniah, namun kepada yang masih dalam proses kejayaan usahakan dengan penuh daya dan upaya. Bagi mencapai apa yang telah kita rancang perubahan adalah amat perlu. Walaupun sedikit ia sangatlah perlu, dengan adanya perubahan tersebut maka kita semakin hampir denan kejayaan. Bagi seorang pelajar,setiap hari perlukan perubahan kerana anda sentiasa belajar sesuatu yang baru. Pastikan minda anda sedia untuk berubah bagi menerima ilmu. Sentiasalah berfikiran positif agar anda sentiasa ceria. Jika dulu anda buat satu latihan sehari mungkin pada mas ini anda boleh buat lima latihan. Sentiasa lakukan perubahan kearah yang lebih baik. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Sekian.
www.rinss.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...