Pages

Saturday, May 20, 2017

Menjadi penulis

Salam sejahtera,

Syukur hari ini dapat mengikuti bengkel menulis kisah hidup yang sedap dibaca. Bengkel dikendalikan oleh seorang jurulatih berkaliber yang telah menulis 28 buah buku, iaitu tn. Zamri Mohammad.

Bengkel kali ini telah menarik minat 50 orang peserta yang datang dari berbagai tempat. Ada yang datang sejauh negeri dibawah bayu bagi mendapatkan ilmu berharga ini. 

Berbagai teknik dan cara telah dikongsikan oleh tn Zamri antaranya ialah teknik 8 petak dan time line. Paling utama ialah fokus kepada penerbitan buku pertama. Ada lima jenis penulisan kisah hidup namun bagi penulis baru kaedah memoir adalah paling sesuai kerana penulisan boleh mengikut tema tertentu dan tidak terikat dengan masa.

Sisi kisah hidup yang mana hendak di tulis? Ia merupakan persoalan yang perlu dijawab agar terlahirlah buku yang pertama. Untuk cetakan minimum 50 naskah dengan 110 halaman, maka perlu ada sekurang-kurangnya 100 kisah hidup. Pasti dapat, apa yang perlu sekarang adalah fokus kepada penulisan kissah hidup dahulu.

Sebagai permulaan boleh kongsikan kisah hidup masa belajar. Sudah ada tiga hingga empat kisah yang tergambar diminda hanya perlu dicoretkan supaya terzahir. Pasti boleh. 

Sekian.

#coretansyah

********************************************************************************* Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Monday, May 15, 2017

Hari istimewa

Salam sejahtera,

Kehidupan kita sebagai seorag insan akan melalui banyak cabaran dan dugaan hidup. Itu adalah rencah kehidupan seperti kata pujangga. 

Sepanjang tahun banyak hari-hari yang istimewa yang disambut. Ada yang mendapat cuti khas ada yang tidak mempunyai cuti namun masih disambut dengan meriah. 

Antara hari-hari tersebut ialah hari pekerja, hari ibu, hari wanita, hari jururawat, hari guru, hari polis, hari tentera dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. 

Setiap sambutan tersebut diaharap dapat memberi semangat bagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, kita juga perlu menghargai setiap sumbangan yang telah diberikan oleh mereka terutamanya ibu dan ayah. 

Walaupun sambutan ini diadakan sebagai satu hari peringatan namun kita sepatutnya sentiasa menghormati setiap pekerjaan. Ia adalah satu pelengkap dalam kehidupan bermasyarakat. Bukan semua perkara dapat kita lakukan sendiri. 

Setiap orang adalah anak, ibu, ayah, isteri atau suami dalam sebuah keluarga. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula dari keluarga yang faham apakah tugas mereka. Maka ketua keluarga perlu menjaga dan menjadikan ahli keluarga tahu tugas masing-masing.

Sekian.

#coretansyah

*********************************************************************************
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com *********************************************************************************

Tuesday, May 2, 2017

Ilmu percuma.

Salam sejahtera,

Ilmu merupakan satu kunci yang amat berharga selepas wang, walaupun begitu wang itu penting untuk mendaptkan ilmu. Apabila mencintai ilmu maka kita akan mudah untuk melakukan sesuatu perkara.

Dengan ilmu kita dapat melakukan sesuatu urusan dengan mudah dan lebih kreatif. Orang yang berilmu akan melakukan sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Sebagai contoh apabila kita ada ilmu dalam menggunakan perisian "microsoft word" kerja-kerja yang melibatkan penulisan menjadi lebih mudah.

Kerja yang melibatkan rutin yang sama akan menjadi lebih cepat dan terurus. Masa yang digunakan lebih singkat maka banyak kerja lain yang boleh diuruskan. Sumber ilmu pada masa kini amat luas. Ia terdiri daripada sumber digital antaranya internet, video, audio, ebook dan ezain selain itu terdapat juga bahan bercetak seperti buku, majalah dan akhbar.

Sumber ilmu juga ada yang percuma dan berbayar. Bagi yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi maka gunakanlah sumber percuma. Sumber ini juga dapat memberikan ilmu yang sangat berguna jika kita pandai menggunakannya dengan betul.

Namun kita sering mengangap bahawa ilmu percuma sebagai bahan yang tidak berguna. Sedangkan ilmu yang berbayar lebih bagus. Sememangnya yang berbayar itu lebih premium namun tidak semua yang berbayar itu bagus untuk kita.

Hargailah setiap sumber ilmu yang diperolehi kerana ia adalah yang terbaik bagi kita pada masa tersebut. Gunakanlah ilmu itu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kita dalam bidang tertentu, terutamanya dalam pekerjaan seharian.

Carilah ilmu dan hargailah ilmu.

Jom kongsi.
#coretansyah


**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Sunday, April 30, 2017

Kaedah sampul.

Salam sejahtera,

Syukur kita dapat berjumpa lagi untuk berkongsi ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Kali ini saya ingin kongsikan satu kaedah menyimpan menggunakan sampul. Dalam post yang lepas iaitu "Bila dapat gaji" anda telah mengetahui kaedah pertama iaitu menyimpan. 

Kali ini kita akan bincangkan satu kaedah menyimpan menggunakan sampul. Kaedah ini amat mudah kera kita hanya perlu menyediakan sampul mengikut tujuan simpanan tersebut. Sebagai contoh untuk perubatan, kecemasan, pelaburan, melancong dan belajar. 

Maka kita perlu menyediakan lima sampul yang sama saiz. Peratusan untuk setiap sampul juga mengikut kepentingan yang kita tentukan. Seperti sampul melancong pada hujung tahun maka kita ada 10 bulan untung menyimpan. Maka kita boleh membuat sedikit kira-kira untuk mencapai jumlah yang diperlukan.

Jika peruntukan ialah 3 ribu, maka setiap bulan kita perlu memasukkan RM300 ke dalam sampul tersebut. Begitulah yang kita perlu lakukan untuk setiap sampul. Sungguh mudah kan pasti anda dapat melakukannya. 

Mulakan sekarang pasti anda akan mendapatkan hasil pada masa akan datang.

Jom kongsi
#coretansyah


**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Thursday, April 27, 2017

Bila dapat gaji 2.

Salam sejahtera,

Syukur kita masih dapat bersama pada kali ini untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan pengurusan kewangan. Dalam post yang lepas "Bila dapat gaji" saya ada menyatakan apa yang perlu dilakukan apabila mendapat gaji. Anda boleh baca dipost yang lepas.

Kali ini saya ingin kongsi kan perkara penting yang perlu dilakukan apabila dapat gaji. Setelah melakukan perkara pertama tersebut, kita perlulah mengeluarkan sedikit daripada gaji tersebut untuk bersedekah. Sedekah yang paling utama adalah kepada kaum keluarga. 

Oleh itu berikan sedikit bantuan kewangan kepada ibu bapa jika mereka masih ada. Jika mereka telah tiada bantulah bapa saudara atau ibu saudara yang memerlukan. Kerana mereka juga adalah ibu dan ayah kita. 

Dengan bersedekah kita akan mendapat banyak manafaat selain ganjaran dari 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Kita akan dihindari dari penyakit, dari kesusahan dan bermacam-macam lagi manafaat. Berapa banyak kita perlu sedekah? Lagi banyak lagi bagus. 

Ya macam orang yang sangat memerlukan hanya memiliki RM10, jika dia sedekahkan RM5 maka itu 50% dari wangnya. Namun jika kita mempunyai RM100 jika sedekakkan RM10 hanya baru 10% dari wangnya. Anda nilaii sendiri berapa yang anda ingin sedekah kan. Namun jangan membebankan diri, serta jangan tunggu kaya dahulu baru mahu sedekah. 

Berapa pun nilai yang diberikan bukan menjadi ukuran. Paling utama ialah istiqamah bersedekah. Jadikan satu rutin setiap kali ke masjid pasti memasukan RM1 ke dalam tabung. Itu lebih baik dari memberi sekali banyak namun tidak konsisten. 

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini memberikan manafaat untuk kita semua. 

Jom kongsi. 
#coretansyah


**************************************************************************************** 
Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...