Pages

Tuesday, December 30, 2014

Sebelum bermula

Salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai impian terutama apabila tiba tahun baharu. Impian tersebut akan menjadi lebih terkesan apabila ia melibatkan perasaan terhadap orang tersayang. Seperti ingin menghantar ibubapa menunaikan haji, menyediakan kediaman dan kemudahan yang selesa kepada keluarga dan bermacam-macam lagi. 

Apabila melibatkan ekonomi ramai yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu pilihan. Namun mereka tidak menyediakan diri untuk terjun dalam bidang tersebut. Antara ilmu yang perlu ialah kemahiran dalam bidang yang ingin diniagakan, ilmu pemasaran dan mengumpul data pelanggan. 

Selain itu mengikut Robert Toru Kiyosaki, seorang ahli perniagaan perlu melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang perniagaan dan perakaunan. Ini bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah mematuhi undang-undang agar perniagaan tidak mengalami kerugian akibat bayaran denda. 

Sebagai seorang peniaga kita perlu melatih ahli keluarga agar berfikir seperti peniaga. Mulalah latih anak-anak berkaitan perniagaan seawal usia muda agar mereka mengerti cara-cara berniaga. Sokongan pasangan juga penting kerana dalam perniagaan akan ada masa untung dan rugi. 

Persediaan dari segi mental amat penting supaya kita tidak mudah patah semangat dengan perniagaan yang dimulakan. Setiap langkah yang diambil pasti akan ada kesan dan akibat. Oleh itu kita perlu bersedia dengan apa sahaja kesan yang dihadapi.

Pastikan kita mempunyai ilmu dan mentor dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Dapatkan mentor yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Sebaik-baiknya yang telah melakukan secara perktikal bukan hanya teori.

Ilmu yang paling bermanafaat ialah berdasarkan pengalam, kita akan menjadi lebih bijak apabila menggunakan pengalaman orang lain untuk kejayaan secara cepat. Dapatkan ilmu dari mereka yang telah berjaya supaya kita dapat menggunakan jalan pintas untuk berjaya.

Semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Sunday, July 27, 2014

Lubuk rezeki

Syukur pada kali ini kita dapat lagi berkongsi satu maklumat berkaitan dengan peluang rezeki. Apabila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan maka terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji. Terutamanya dari segi keperluan produk tersebut kepada pengguna. 

Kajian boleh dilakukan dengan bertanya dan memerhatikan keadaan sekeliling kawasan yang kita ingin bina perniagaan. Apakah keperluan penduduk sekitar, sebagai contoh kawasan tersebut ramai pengguna motosikal maka kita boleh membuaka perniagaan berkaitan motosikal seperti membaiki dan membasuh serta menyimpan. 

Jika kawasan tersebut susah mendapatkan produk halal maka kita boleh membuka kedai yang membekal produk halal. Ini akan menjadikan kita lebih menyerlah dalam perniagaan tersebut. Apalagi yang kita boleh lakukan ialah bertanya keperluan masyarakat di kawasan tersebut. Kita boleh fokus kepada golongan wanita, remaja. lelaki atau warga emas. Dengan memenuhi keperluan mereka kita dapat mewujudkan satu peluang perniagaan baru. 

Cuba mulakan sekarang dengan melihat dan bertanya apakah keparluan masyarakat di tempat anda. Mungkin itu adalah peluang perniagaan kita yang baru. 

Sunday, July 13, 2014

Sentiasa positif untuk berjaya

Syukur Alhamdullilah, 

Pada hari ini kita masih dikurniakan kesihatan dan usia untuk terus melakukan kebaikan. Sebagai orang yang paling bergua ialah yang paling banyak membuat kebaikan kepada orang lain. 

Semasa menjalankan sesuatu perniagan pasti kita akan menghadapi cabaran, setiap cabaran perlu dihadapi dengan bijak. Ini akan berlaku apabila kita mempunyai dalaman yang positif. Seperti kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad, dunia dalaman akan mempengaruhi dunia luaran. 

Supaya sentiasa positif maka kita perlulah mememohon kepada Yang Maha Kuasa untuk memberikan ketenangan, hanya dengan ketenangan akan menjadikan akal kita bertindak dengan betul. Apabila kita dapat menggunakan akal dengan waras maka setiap keputusan yang dilakukan adalah mengikut pertimbangan  yang wajar.

Banyak cara supaya kita berada dalam keadaan positif, selain daripada memohon kepada Yang Maha Kuasa kita juga perlu mempunyai kawan-kawan yang berfikiran positif. Elakkan  berkawan rapat dengan mereka yang sentiasa bercakap negatif. 

Seperti sebuah cerita yang sering kita dengar sebagai bidalan, apabila berkawan dengan seorang penjual minyak wangi maka kita pun akan mendapat tempias bau yang wangi. Namun jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asap. 

Namun semuanya adalah pilihan kita seperti yang dinyatakan oleh Stephen C. L. dalam bukunya FISH, kita yang membuat pilihan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Malah untuk peringkat lebih besar seperti dalam sesebuah organisasi pun sikap positif adalah amat penting. 

Dalam buku tersebut Stephen C. L. menceritakan tentang satu jabatan yang hampir dilupuskan dalam sebuah organisasi. Namun mereka telah bangkit apabila mengetahui kenapa jabatan tersebut menjadi begitu. Malah mereka akhirnya menjadi satu jabatan yang paling cemerlang. 

Nanti apabila berpeluang kita akan lihat lagi faktor yang menyebabkan mereka boleh berjaya. Buat masa ini kita perlulah berfikiran positif untuk terus maju dan tahu apakah tujuan kita di sini. Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita lebih positif. 

Sunday, May 25, 2014

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

Jom kongsi.
#coretansyah

Sunday, May 11, 2014

RM Satu Juta Pertama

Salam sejahtera,

Syukur pada hari ini kerana kita masih dapat bernafas dengan sempurna. Pernahkah kita fikir cara untuk mendapatkan RM satu juta?

Apabila disebut sahaja RM satu juta maka ramai yang akan mengatakan susah untuk mendapatkannya. Namun tahukah anda bahawa perkara tersebut tidaklah susah jika kita mempunyai cara dan perancangan yang betul.

Sebagai contoh apabila kita ingin mencapai RM satu juta, maka kita perlukan satu masa tertentu. Seperti dalam masa 1 tahun atau 2 tahun, ini bagi memastikan nilai tersebut tidak menjadi beban kepada emosi. Apabila kita mempunyai masa maka kita boleh pecahkan nilai tersebut dalam setiap hari maka nilainya akan menjadi lebih kecil. 

Jika dalam masa 1 tahun kita perlu dapatkan RM 2777.80 sehari, namun jika kita panjangkan ke 4 tahun maka kita hanya perlukan RM 694.44 sehari. Oleh itu kita yang tentukan bila kita nak capai RM 1 juta tu. Maka rancanglah untuk mendapatkan RM 1juta yang pertama anda agar ia lebih mudah menarik RM yang lebih banyak.

Jom kongsi.
#coretansyah
************************
************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...