Pages

Wednesday, August 4, 2010

Rancang untuk berjaya

Kejayaan tercapai dengan perancangan yang baik.

Salam sejahtera
Semoga sentiasa ceria dan gembira. Sekarang sudah bulan Ogos 2010, sudah hampir 2/3 tahun 2010 ditempuhi. Adakah segala rancangan anda telah terlaksana? Masih ada peluang lagi untuk menjayakannya. Jika perancangan telah dilakukan anda hanya perlu mengikutinya agar berjaya. Setiap kejayaan yang dikecapi selalunya bermula dengan perancangan.
Jika anda gagal merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal. Perancangan yang dilakukan tidak perlulah terlalu teliti, mungkin untuk peringkat awal ialah apa yang anda ingin lakukan secara kasar. Apa yang paling penting ialah tulis setiap perancangan yang kita rancang. Jika kita simpan rancangan dalam fikiran maka ia akan kekal sebagai angan-angan. Semacam cerita Mat Jenin tu kan. Semasa panjat pokok kelapa boleh berangan akhirnya jatuh terus tak jadi apa.

Sekian
http://www.rinss.com

Tuesday, July 20, 2010

Ilmu, idea dan bisnes.




Salam sejahtera
Jadikan hidup anda lebih baik dari semalam, semua orang mahu berjaya bezanya ialah tindakan yang telah diambil. Dengan ilmu yang banyak namun tidak ada tindakan maka tiada kejayaan bersama anda. Ada yang tiada ilmu namun mahu mencuba maka kegagalan akan bersamanya. Oleh itu untuk berjaya anda perlu berilmu dan perlu bertindak. Tidak perlu ilmu yang banyak tetapi lakukan apa yang anda dah tahu sambil menambah ilmu.
Sekarang ni perniagaan menjadi satu trend untuk diceburi. Terutamanya bagi muda-mudi yang ingin menjadi jutawan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menbina sesuatu perniagaan namun anda perlu fokus pada satu model sahaja.
Tiada idea merupakan alasan utama apabila ingin memulakan bisnes, tahukah anda bahawa idea ada disekeliling anda. Lagi mudah jika jadikan hobi atau minat anda sebagai sumber bisnes pertama. Setelah itu kembangkan kepada yang lain. Pada masa kini bisnes internet menjadi pilihan remaja kerana ia mudah dan murah, malah ada yang tidak memerlukan modal pun.
Tidak hiran lah sekarang jika ramai remaja yang berjaya menjadi jutawan pada usia muda. Semua kemudahan telah tersedia anda hanya perlu bertindak untuk berjaya. Kejayaan adalah bagi orang yang mahu dan bertindak, bukan hanya mahu sahaja tetapi tida tindakan.
Sekian
http://www.rinss.com



Monday, July 12, 2010

Juara dah ada...

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Juara dah ada bagi bola sepak piala dunia. Betul lah ramalan sotong tu (jgn percaya sangat ye). Tahniah kepada pasukan Spanyol kerana telah berjaya membawa pulang pala rebutan tersebut.
Kepada penyokong mereka pula teruskan lah menyokong dan ambilah semangat mereka untuk jadi juara. Bukan sahaja dalam bola sepak tetapi yang paling penting ialan dalam kehidupan seharian. Pastikan anda telah mempunyai target atau matlamat.
Jika kita hayati semua pasukan yang layak ke piala dunia ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjulang piala tersebut. Namun adat pertandingan pasti akan ada yang kalah. Cara untuk mencapai matlamat tersebut berbeza antara setiap pasukan itulah yang dinamakan strategi. Ada pasukan yang bermain dengan cara menyerang manakala ada pula yang banyak bertahan. Ada yang menggunakan khidmat pemain muda dan ada yang menggunakan gabungan muda serta lama.
Sekarang aturlah strategi anda untk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, strategi boleh diubahsuai mengikut keperluan jadi jangan terlalu takut untuk mengubah cara bagi mencapai matlamat anda.

Sekian
http://www.rinss.com/

Wednesday, July 7, 2010

Barangan terbuang

Salam sejahtera
Semoga hari ini pendapatan anda dah bertambah dari semalam, jika belum ubah lah strategi.
Dah cuba tiga langkah yang telah diberikan? Jika dah buat tentu sumber pendapatan anda mingu ni bertambah kan. Dengan menambah sedikit kreativiti yang anda ada, barangan terbuang boleh dijual dengan harga yang lebih mahal dari harga yang anda pernah beli. Contoh mudah ialah botol jem, anda boleh buat sedikit dekorasi dan hiasan untuk dijadikan cenderamata. Boleh juga di jual sebagai pemberat kertas atau pelekat memo.
Banyak yang anda dapat lakukan dengan barangan terbuang ni, cuma nak ada sedikit kreativiti je. Nak tahu manusia yang kreatif boleh dapatkan Jutawan Sampah..
Klik je kat banner di bawah pasti anda akan jadi seorang yang kreatif dengan barangan terbuang anda.



Sekian
http://www.rinss.com

Monday, July 5, 2010

Sampah,duit dan aku

Salam sejahtera

Jadikan hari ini lebih ceria. Lihat sekeliling kita dan senaraikan sampah yang anda lihat. Jika anda dapat senaraikan sekurang-kurangnya 5 tu kira dah banyak. Bagaimana nak tukar sampah jadi duit?
Hah sekarang ni ikuti langkah yang akan diberikan kat bawah.

Langkah pertama ialah senaraikan sampah-sampah anda. Yelah sampah yang anda nak buang atau barangan lama yang dah 2 ke 3 tahun tak guna tu. Jika ada barangan yang boleh dikitar semula asingkan.

Langkah kedua asingkan barangan yang masih boleh guna dan yang dah rosak.

Langkah 3, bagi barang yang boleh guna pastikan ia berfungsi dengan baik, barangan yang telah rosak pula cuba fikirkan apa yang anda boleh tukarkan mungkin menjadi pasu, akuarium, atau alat hiasan lain.

Langkah ke 4, anda boleh mula buka puasat jualan barangan hisan terpakai. Tahniah anda sudah mula mendapatkan duit dari sampah-sampah anda....

Maklumat lanjut anda boleh klik kat banner di bawah...


Sekian

http://www.rinss.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...