Pages

Wednesday, March 25, 2009

Tulisan dan sikap

Salam...
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira. Walaupun hati anda duka sentiasalah senyum agar ia dapat diatasi.
Hari yang penuh dengan cabaran akan bermula setiap awal pagi. Bermula dari anda bangkit dari tidur sehingga anda kembali ke katil. Oleh itu apa bila bangun tidur sentiaslah bersyukur dan berdoa agar dapat menempuhi hari tersebut dengan baik. Sentiasalah berfikiran positif dengan bertanyakan soalan-soalan yang positif.
Pada minggu lepas saya telah membeli sebuah buku yang amat menarik, ia menerangkan perkaitan antara tuisan daengan tingkahlaku kita. Memang amat memberangsangkan apabila mengetahui bahawa dalam diri kita ni banyak perkara yang positif. Perlu diingat bahawa setiap perkara akan ada baik dan buruknya. Jika terlalu banya yag positif pun tidak baik kepada kita, ini kerana dalam diri kita perlu ada keseimbangan. Untuk mendapat keseimbangan maka kita perlu melakukan sesuatu perkara secara bersederhana.
Tahukah anda bahawa dengan menulis palang t yang berbeza akan mencerminkan sikap kita yang berbeza? Saya amat takjub bahawa dengan tinggi rendah kedudukan palang t akan menyatakan sikap kita yang suka berangan-angan, praktikal atau rendah diri. Nak tahu orang berbohong pun boleh dari tulisan. Itulah kekuasan Allah yang telah menjadikan setiap hambanya dengan ciri-ciri tersendiri. Setiap sikap yang tidak baik juga boleh diubah dengan tulisan, namun untuk mengubah sesuatu tulisan amat sukar jika anda tidak mempunyai azam yang tinggi.
Cubalah mengenali sikap anda serta berazamlah untuk mengubah tabiat yang kurang baik.
Sekian, wassalam.

Thursday, March 19, 2009

Ketawa untuk kesihatan....

Salam
Semoga hari yang cerah akan sentiasa cerah...
Ketawa adalah salah satu terapi yang baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit. Macam yang selalu kita dengar "ketawa adalah ubat terbaik". Malah Rasul kita pun ketawa jika ada perkara yang melucukan.
Memang ketawa itu baik tetapi kita kena ingat juga jangan terlalu kuat atau sehingga mengilai-nglai. Tu dah nak jadi macam pontianak lah pula....Ketawa yang berlebihan pun ada mudarat kerana ia boleh menyebabkan kita mudah lupa. Jadi ketawalah dengan berpada-pada untuk kesihatan.
Sekian wassalam..

Wednesday, March 18, 2009

Contoh Jawpan no 4 tutor 11

Salam
Semoga sentiasa sihat...
Soalan 4

(a) Ground state : When an atom has the lowest energy, it is in the stable state.
(b) Excited state : If the atom absorbs certain amount of energy, it will make a transition to a higher energy level.
(c) Ionization energy : energy required to lift the electron from the ground state to the point of breaking free from the nucleus.
(d) Excitation energy :energy absorbed by the electron to make a transition from lower energy level to a higher energy level.

Semoga berjaya
ps: bagi tutor 12 akan diberikan dalam post yang akan datang.... tunggu........

Monday, February 16, 2009

Peluang masih ada...

Salam,
Semoga anda sentiasa ceria dan sihat. Keputusan UPS baru jer keluar, ada yang gembira ramai gak sedih. Yelah dah dpt keputusan yang tak seperti di harap. Siapa yang bersalah??? Namun peluang kedua masih ada, jangan sia-siakan peluang ini.
Peluang bukan sentiasa datang, jadi hargailah apa yang masih ada. Masih belum terlambat untuk memperbaiki keputusan anda. Dapatkan bantuan daripada rakan atau pensyarah jika perlu. Jangan hanya bersedih dan menyalahkan diri dan orang lain.
Bagi yang telah mendapat keputusan baik jangan terlalu angkuh, anda masih perlu melipatganda usaha agar tidak akan kecundang pada peperiksaan akhir. Setiap usaha tidak akan lengkap jika kita tidak memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.

Sekian, wassalam.

ps: nak tambah pendapatan boleh klik disini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...