Pages

Thursday, February 21, 2019

Copywriting storytelling


Syukur hari ini dapat belajar kaedah untuk melakukan copywriting storytelling. Secara umum terdapat peraturan yang perlu dipatuhi supaya copywriting berjaya menarik pembaca untuk membaca sehingga ke ayat terakhir.

Menulis copywriting menggunakan storytelling sebaiknya mempunyai cerita yang berkaitan sesuatu topik dan ditambah dengan perasaan. Sebagai contoh apabila ingin menceritakan kelazatan menikmati kambing bakar.

“Dengan bau enak yang menusuk hidung, aroma kelazatan kambing golek memanggil untuk segera dijamah. Percikan rempah yang jatuh ke arang menambah bunyi desiran diikuti asap yang menyelubungi kedai. Walaupun hari yang panas terik dengan sang matahari memancar garang, tidak mematahkan semangat penggemar kambing golek beratur panjang menunggu tempat kosong.

Sekali cuba pasti akan terngiang-ngiang di minda untuk kembali membasahkan tekak dengan kelazatan daging yang empuk serta berjus. Rempah ratus yang diperap menjadikan rasa asli zaman Nusantara.”


Itu adalah contoh storytelling yang boleh dihasilkan, paling mudah ialah dengan melakukan kaedah penceritaan seperti berbual dengan rakan. Kaedah ini perlu dipelajari dan dilatih supaya dapat menghasilkan ayat yang lebih menarik. 

Teruskan belajar dan menulis supaya setiap ilmu yang dipelajari menjadi amalan serta sumbangan kepada masyarakat. 




Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Monday, June 4, 2018

Pengenalan DP014 dan DP024

Salam Sejahtera, 

Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. Pada kali ini peluang untuk mengajar pelajar dua tahun (PDT) bagi sesi 2018/2019. Seramai 500 pelajar PDT yang mendaftar, ini merupakan bilangan pelajar PDT paling ramai mengambil kursus fizik. 

Tahniah kepada mereka yang berjaya menjejakan kaki ke Kolej Matrikulasi Selangor. Bagi kursus Fizik PDT (DP014 dan DP024) pelajar perlu mempelajari sebanyak 15 bab seperti senarai di bawah.

Tajuk Semester 1 DP014
Bil
Tajuk
1
Introduction to Physics
2
Linear Kinematic
3
Momentum and Impulse
4
Forces
5
Work, Energy and Power
6
Gravitation
7
Rotational of Rigid Body
8
Heat, Gas Law and Thermodynamics

Tajuk Semester 2 DP024
Bil
Tajuk
1
Simple Harmonic Motion
2
Mechanical Wave
3
Capacitors
4
Electric Current and Direct-Current Electric Circuits
5
Magnetism & Electromagnetic
6
Geometrical Optics
7
Physical Optics

Persediaan mental dan fizikal adalah perlu bagi menghadapi situasi pembelajaran. Segala kemahiran yang telah dipelajari semasa di sekolah dahulu perlu digunakan sepenuhnya semasa di peringkat matrikulasi. 










Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Wednesday, September 13, 2017

Leraian vektor

Salam sejahtera, 


Topik asas bagi fizik mekanik ialah pengukuran dan unit. Dalam topik ini ia berkaitan dengan penggunaan alat pengukuran seperti pembaris, angkup viner dan mikro meter. Selain penggunaan alat kemahiran penukaran unit juga penting terutamanya penulisan dalam unit SI. 

Penukaran unit akan sentiasa digunakan dalam topik-topik seterusnya. Kemahiran kedua yang menjadi asas dalam topik asas ialah leraian vektor. Proses leraian vektor perlu digunakan apabila satu vektor berada diantara paksi x dan paksi y. 

Pengiraan biasanya dilakukan dalam satu dimensi iaitu paksi x atau paksi y. Apabila melibatkan dua dimensi maka proses leraian perlu dilakukan bagi melaksanakan pengiraan. 


Langkah pengiraan akan di jelaskan dalam post yang lain. 

Terima kasih.

Maklumat Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru fizik. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." 

Monday, June 5, 2017

Pendaftaran 201718

Salam sejahtera,

Hari ini bermula pendaftaran untuk sesi 2017/2018. Syukur pendaftaran berjalan lancar walaupun pelajar yang mendaftar mencecah 2000 orang. Berkat  bulan yang penuh mulia proses pendaftaran dapat disempurnakan pada jam 2.30 petang. 

Bertugas sebagai jawatankuasa peralatan pelajar adalah memastikan setiap pelajar mendapat buku panduan, jadual minggu pengurusan pelajar, planer dan baju. Sangat mencabar apabila saiz baju yang disediakan adalah berdasarkan anggaran pelajar. Ada yang memerlukan saiz XXL maka ia adalah amat terhad. 

Untuk sesi akan datang mungkin saiz M perlu diperbanyakkan kerana ia adalah saiz yang sesuai untuk semua pelajar. Langkah paling berkesan meminta pelajar membawa baju putih untuk minggu pengurusan pelajar. Baju kolej hanya ditempah selepas pelajar berada di kolej. 

#coretansyah


*********************************************************************************Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Thursday, June 1, 2017

Hari pertama

Salam sejahtera,

Menulis kisah hidup adalah satu cara untuk memulakan penulisan. Kaedah memoir adalah paling sesuai kerana ia tidak terikat dengan masa atau kronologi tertentu. Ia boleh ditulis mengikut tema tertentu atau kisah tertentu. 

Apa yang perlu dilakukan ialah tulis dahulu supaya idea dan kisah yang hendak diceritakan wujud. Semasa mengikuti bengkel penulisan kisah hidup yang disampaikan oleh Tn Zamri Mohammad, beliau mengatakan tulis dahulu menggunakan medium Facebook dan set sebagai "only me". Ini kerana kita sentiasa boleh menulis secara santai apabila menggunakan medium tersebut.

Konsep penceritaan juga boleh digunakan dalam menulis kisah hidup agar tidak terlalu formal. Mengikut Tn Zamri lagi apabila kita ingin menulis kisah hidup, maka perlu membaca buku kisah hidup yang telah terbit. Oleh itu kita akan mendapat idea kaedah penyampai dan ayat-ayat pemula yang sesuai.

Bagi langkah pertama kita perlu tahu kisah hidup yang mana ingin dikongsikan. Mungkin kisah pengalaman berpuasa. Boleh melibatkan kisah orang-orang yang berada disekeliling kita berkaitan dengan tema tersebut. 

Apakah tema yang hendak diketengahkan?

#coretansyah 


**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...