Pages

Friday, February 6, 2015

Apa yang penerbit mahu?

Salam sejahtera,

Syukur hari ini dapat saya kongsikan lagi bagaimana menjadikan status FB kepada buku. Apabila bercerita tentang buku, pasti ada yang tertanya-tanya siapa yang akan terbitkan buku tersebut? Ada penerbit yang akan terbitkan buku kita apabila mempunyai ciri-ciri tertentu. Nanti saya akan senaraikan ciri-ciri itu. 

Sebagai langkah kedua kita pun boleh terbitkan sendiri buku yang telah siap ditulis. Malah dengan adanya perkhidmatan Print On Demand (POD), maka kita boleh cetak dan edar sendiri buku tersebut. Tentang kos, sudah pasti kita yang tanggung. Namun semua keuntungan adalah milik kita. 

Pilihan sudah ada apa yang kita perlu tahu adalah ciri-ciri yang perlu ada agar buku yang dihasilkan akan laku dipasaran. Mengikut Tuan Zamri Mohamad, penerbit memerhatikan beberapa ciri tertentu terhadap penulis baru sebelum karya dapat diterbitkan. Ia berbeza dengan penulis lama yang mempunyai nama.

Antara ciri yang dilihat ialah mampu membina pembaca sendiri, mempunyai ciri-ciri penulis bukan hanya copy n paste, mempunyai ciri-ciri karya dalam penulisan dan paling utama ialah apabila dapat mengurangkan kos.

Apabila kita dapat mengurangkan kos kepada penerbit maka hasil tulisan kita telah memenuhi satu ciri yang dilihat oleh penerbit. Perkara ini dapat di kukuhkan lagi dengan kehadiran ramai pengikut yang membaca karya kita samaada di blog atau FB.

Sudah pasti sebagai seorang penulis, kita akan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Mungkin pada mulanya kita belum mempunyai gaya malah banyak mengikut karya tertentu. Namun apabila kita menulis dengan kerap dan konsisten pasti kita mempunyai gaya tersendiri. 

Semakin lama kita berkarya pasti akan wujud elemen-elemen seni dalam penulisan. Ini akan menjadikan karya kita lebih mudah sampai ke hati pembaca. Apabila memenuhi ciri-ciri tersebut pasti akan ada penerbit yang berminat untuk menerbitkan karya kita.

Sekian, semoga sahabat semua sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang saya akan kongsikan model 100 markah pada wall FB.

Jom kongsi.
#coretansyah


****************************************************************************************

Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com

****************************************************************************************

Friday, January 30, 2015

Dari FB menjadi buku.

Syukur pada hari ini dapat berkongsi sedikit maklumat dengan sahabat-sahabat semua. Pada 17 Januari 2015 yang lepas saya telah menghadiri satu seminar yang sangat menarik. Iaitu bagaimana menjadikan status Facebook menjadi buku. 

Seminar tersebut disampaikan oleh Tuan Zamri Mohamad yang merupakan seorang jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku. Mengikut beliau penggunakan FB sebagai medium sebagai penulisan adalah sangat efektif. 

Ini disebabkan kita akan sentiasa update status pada FB. Cara penulisan adalah ringkas dan berperingkat. Ia seupama kita menyediakan batu-bata untuk membuat bangunan. Boleh diibaratkan satu ststus sebagai satu batu-bata. 

Lagipun ini boleh menjadi satu proses berikir secara berperingkat. Apabila mendapat satu idea terus update di FB. Secara tidak langsung  setiap status yang telah dihasilkan menjadi satu proses dokumentasi secara berperingkat. 

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Tuan Zamri sendiri, setelah 5 hari menulis status di FB beliau berjaya menghasilkan 13 halaman dengan 2684 patah perkataan. 

Bayangkan apabila kita dapat menulis tiga status setiap hari, dengan 100 patah perkataan. Sebulan kita sudah menghasilkan 9000 patah perkataan. Kita sudah siapkan separuh buku yang mempunyai 100 muka surat. 

Malah kita sememangnya boleh menyiapkan satu buku dengan hanya menulis update di FB selama tiga bulan secara tetap. 
Pada post yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana menjadi kan status kita disukai dan diintai oleh penerbit buku (rahsia PTS). 

Semoga sahabat semua sentiasa ceria dan gembira.

p/s: Dalam post akan datang saya akan kongsikan apa yang penerbit lihat pada penulis.

Jom kongsi.
#coretansyah

****************************************************************************************

Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Maklumat penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com

****************************************************************************************

Tuesday, December 30, 2014

Sebelum bermula

Salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai impian terutama apabila tiba tahun baharu. Impian tersebut akan menjadi lebih terkesan apabila ia melibatkan perasaan terhadap orang tersayang. Seperti ingin menghantar ibubapa menunaikan haji, menyediakan kediaman dan kemudahan yang selesa kepada keluarga dan bermacam-macam lagi. 

Apabila melibatkan ekonomi ramai yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu pilihan. Namun mereka tidak menyediakan diri untuk terjun dalam bidang tersebut. Antara ilmu yang perlu ialah kemahiran dalam bidang yang ingin diniagakan, ilmu pemasaran dan mengumpul data pelanggan. 

Selain itu mengikut Robert Toru Kiyosaki, seorang ahli perniagaan perlu melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang perniagaan dan perakaunan. Ini bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah mematuhi undang-undang agar perniagaan tidak mengalami kerugian akibat bayaran denda. 

Sebagai seorang peniaga kita perlu melatih ahli keluarga agar berfikir seperti peniaga. Mulalah latih anak-anak berkaitan perniagaan seawal usia muda agar mereka mengerti cara-cara berniaga. Sokongan pasangan juga penting kerana dalam perniagaan akan ada masa untung dan rugi. 

Persediaan dari segi mental amat penting supaya kita tidak mudah patah semangat dengan perniagaan yang dimulakan. Setiap langkah yang diambil pasti akan ada kesan dan akibat. Oleh itu kita perlu bersedia dengan apa sahaja kesan yang dihadapi.

Pastikan kita mempunyai ilmu dan mentor dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Dapatkan mentor yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Sebaik-baiknya yang telah melakukan secara perktikal bukan hanya teori.

Ilmu yang paling bermanafaat ialah berdasarkan pengalam, kita akan menjadi lebih bijak apabila menggunakan pengalaman orang lain untuk kejayaan secara cepat. Dapatkan ilmu dari mereka yang telah berjaya supaya kita dapat menggunakan jalan pintas untuk berjaya.

Semoga sahabat sentiasa ceria dan gembira.

Jom kongsi.
#coretansyah

**************************************************************************************** Maklumat ini boleh dikongsikan dengan mengekalkan maklumat asal penulis. Penulis: Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog separuh masa. Mempunyai blog untuk perkongsian perniagaan internet dan motivasi. http://www.rahsiapendapatanpasif.com ****************************************************************************************

Sunday, July 27, 2014

Lubuk rezeki

Syukur pada kali ini kita dapat lagi berkongsi satu maklumat berkaitan dengan peluang rezeki. Apabila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan maka terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji. Terutamanya dari segi keperluan produk tersebut kepada pengguna. 

Kajian boleh dilakukan dengan bertanya dan memerhatikan keadaan sekeliling kawasan yang kita ingin bina perniagaan. Apakah keperluan penduduk sekitar, sebagai contoh kawasan tersebut ramai pengguna motosikal maka kita boleh membuaka perniagaan berkaitan motosikal seperti membaiki dan membasuh serta menyimpan. 

Jika kawasan tersebut susah mendapatkan produk halal maka kita boleh membuka kedai yang membekal produk halal. Ini akan menjadikan kita lebih menyerlah dalam perniagaan tersebut. Apalagi yang kita boleh lakukan ialah bertanya keperluan masyarakat di kawasan tersebut. Kita boleh fokus kepada golongan wanita, remaja. lelaki atau warga emas. Dengan memenuhi keperluan mereka kita dapat mewujudkan satu peluang perniagaan baru. 

Cuba mulakan sekarang dengan melihat dan bertanya apakah keparluan masyarakat di tempat anda. Mungkin itu adalah peluang perniagaan kita yang baru. 

Sunday, July 13, 2014

Sentiasa positif untuk berjaya

Syukur Alhamdullilah, 

Pada hari ini kita masih dikurniakan kesihatan dan usia untuk terus melakukan kebaikan. Sebagai orang yang paling bergua ialah yang paling banyak membuat kebaikan kepada orang lain. 

Semasa menjalankan sesuatu perniagan pasti kita akan menghadapi cabaran, setiap cabaran perlu dihadapi dengan bijak. Ini akan berlaku apabila kita mempunyai dalaman yang positif. Seperti kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad, dunia dalaman akan mempengaruhi dunia luaran. 

Supaya sentiasa positif maka kita perlulah mememohon kepada Yang Maha Kuasa untuk memberikan ketenangan, hanya dengan ketenangan akan menjadikan akal kita bertindak dengan betul. Apabila kita dapat menggunakan akal dengan waras maka setiap keputusan yang dilakukan adalah mengikut pertimbangan  yang wajar.

Banyak cara supaya kita berada dalam keadaan positif, selain daripada memohon kepada Yang Maha Kuasa kita juga perlu mempunyai kawan-kawan yang berfikiran positif. Elakkan  berkawan rapat dengan mereka yang sentiasa bercakap negatif. 

Seperti sebuah cerita yang sering kita dengar sebagai bidalan, apabila berkawan dengan seorang penjual minyak wangi maka kita pun akan mendapat tempias bau yang wangi. Namun jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asap. 

Namun semuanya adalah pilihan kita seperti yang dinyatakan oleh Stephen C. L. dalam bukunya FISH, kita yang membuat pilihan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Malah untuk peringkat lebih besar seperti dalam sesebuah organisasi pun sikap positif adalah amat penting. 

Dalam buku tersebut Stephen C. L. menceritakan tentang satu jabatan yang hampir dilupuskan dalam sebuah organisasi. Namun mereka telah bangkit apabila mengetahui kenapa jabatan tersebut menjadi begitu. Malah mereka akhirnya menjadi satu jabatan yang paling cemerlang. 

Nanti apabila berpeluang kita akan lihat lagi faktor yang menyebabkan mereka boleh berjaya. Buat masa ini kita perlulah berfikiran positif untuk terus maju dan tahu apakah tujuan kita di sini. Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita lebih positif. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...