Salam
Semoga semua sentiasa luarbiasa bagus.
Bagi yang sakit sentiasalah banyakkan bersabar kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita. Bagi yang sentiasa sihat perlu banyakan bersyukur kerana Allah kabulkan doa kita.
Semalam sambil berborak dengan kawan-kawan ada yang mengeluh kerana elaun telah dipotong. Maka pendapatan pun berkurang, timbullah berbagai-bagai cara untuk menambah pendapatan. Memang hebat kan kita ni bila ada masalah akal akan sentiasa membarikan cadangan bagi menyelesaikannya. Namun segala cadangan yang di berikan oleh akal perlulah berpandukan ilmu dan iman. Jika tidak masalah yang akan menimpa.
Setalah sekian lama menimba ilmu berkaitan kewangan, sedikit cadangan yang boleh saya berikan kepada kawan-kawan sekalian. Mengikut semu apakar kewangan tak kira lah yang dalam negara atau luar negara semua mencadangkan agar kita menabung. Kenapa menabung? Yelah nak kaya tak kan nak simpan je... Bila pula nak guna? Sebenarnya bagi peringkat permulaan kita perlulah menabung untuk mengumpul dana atau modal. Setelah dana mencukupi maka boleh lah kita bergerak untuk keperingkat yang lebih tinggi.
Oleh itu bagi permulaan ni mulakan lah menabung, bagi yang berkerja saya sarankan buat potongan gaji sebanyak 10 % dari pendapatan bulanan anda. Dimana nak simpan ye?? dimana-mana yang sesuai dan jika dapat yang boleh memberikan pulangan yang lumanyan seperti Tabung Haji atau ASB. Mulakan sekarang....
Sekian
Thursday, May 27, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Cabaran atau masalah
Salam
Semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat.
Setiap orang ada masalah dan dugaan dalam kehidupan. Jika dah tak ada cubaan bukan kehidupan lah kot. Namun cara kita menangani masalah adalah berbeza bagi setiap orang.
Bagi yang mudah putus asa setiap masalah adalah kesusahan dan tidak ada jalan penyelesaian.
Bagi yang ingin berjaya setiap masalah akan dilihat dari sudut yang berbeza. Masalah yang dihadapi dianggap sebagai satu cabaran dan boleh diatasi. Cara mengatasi masalah ini lah yang akan membuat kan setiap individu yang berjaya itu berbeza.
Contoh mudah jika kita hendak menyeberang sungai, kita boleh berenang, boleh juga menaiki bot atau sampan, membina titi atau jambatan, mungkin juga ada tyang terfikir untuk melompat macam tarzan tu... Lihat lah berbagai -bagai cara boleh dilakukan untuk menyeberangi sungai. Semua cara tersebut dapat difikirkan jika kita menggangkap ia sebagai cabaran. Jika ia sebagai masalah mungkin kita tidak terfikir pun semua langkah tersebut.
Setiap cabaran akan ada cara penyelesaian, oleh itu jadikan masalah itu sebagai cabaran yang akan menggerakkan minda kita untuk lebih maju dan berjaya.

Monday, December 28, 2009
Selamat tahun baru....
Salam
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Beberapa hari lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita. Ia akan pergi bersama dengan seribu satu kenangan manis dan pahit. Semoga dengan berlalunya tahun 2009 ini akan lebih mematangkan kita dalam kehidupan.
Kedatangan tahun 2010 diharap akan memberikan lebih banyak kebahagian dalam diari kita. Adakah azam tahun lepas sudah terlaksana? Jika belum sempurna masih boleh disambung pada tahun 2010. Segala perancangan perlu ada pengubahsuaian agar ia lebih releven dengan keadaan semasa.
Sekian...

Labels:
kerja kerajaan,
Tahun baru
Friday, November 27, 2009
Selamat hari raya...
Salam
Hari yang baik adalah yang dapat menambah ilmu kepada anda.
Hari raya korban sememangnya banyak makna kepada orang yang telah melakukan pengorbanan. Namun pastikan pengorbanan yang dilakukan adalah bermakna dan mendapat keredaan.
Berkorbanlah untuk kesenangan pada masa akan datang kerana setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan.

kejayaan,
pengorbanan
Tuesday, November 10, 2009
Sedia berubah
Salam
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Bagaimana nak buat?? Mudah sahaja jika kita dapat menambah sedikit ilmu baru setiap hari.
Jika kita sudah tahu berkaitan sesuatu perkara, kita boleh sebarkan kepada rakan-rakan yang belum tahu. Bagi diri kita pula jadikan sebagai peringatan.
Perkataan hijrah sudah menjadi amat biasa kepada kita, namun pengertiannya adalah amat besar. Pada masa dahulu hijrah bermaksud perpindahaan dari satu tempat ke suatu tempat lain. Di zaman yang serba canggih ini ia mungkin difinasi hijrah boleh diperluaskan lagi. Berubah dari keadaan kurang baik kepada lebih baik, dari tiada ilmu kepada berilmu dan bermacam-macam lagi. Adakah jika kita berubah dari baik kepada buruk adalah hijrah???
Sentiasalah bersedia untuk berubah, kerana dengan sedikit perubahan akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita. Macam sebuah kapal di lautan perubahan beberapa darjah sahaja akan menyebabkan ia terpesong dari destinasi. Perubahan kearah yang positif adalah lebih digalakan kerana kita akan mendapat lebih kebaikan.
Sekian
ps: ubahlah minda untuk lebih berjaya, mulakan dari sekarang...

hijrah,
ilmu bermanafaat,
sedia berubah
Subscribe to:
Posts (Atom)