Friday, July 16, 2010

Saat akhir

http://www.rinss.comSalam sejahtera
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jika kita menghadapi tekanan biasanya hasil yang di perolehi adalah diluar jangkaan. Namun kerja di saat akhir ni tak semua orang boleh buat. Salah buat terus tak jalan seperti yang dirancang.
Bagi golongan pelajar belajar di saat akhir sudah menjadi trend, namun jangan dijadikan amalan kerana ia boleh membawa padah. Dengan teknik yang betul boleh lah buat cara tu, maksudnya anda kena tahu teknik dulu baru amalkan caranya. Tu lah ada pepatah yang berbunyi "study smart not study hard". Untuk menjadi pelajar yang bijak anda perlu tahu teknik yang diperlukan supaya tidak membazir masa.
Masih belum terlambat untuk anda mempelajari teknik-teknik belajar, mulakan dengan membaca selama 1 jam sehari. Amalkan tabiat membaca agar anda tidak perlu biat kerja pada saat akhir. Siapkan kerja mengikut masa yang telah diberikan agar anda tidak kelam kabut apabila sampai waktunya.
Elakkan kerja saat akhir dengan membuat perancangan dan jadual.

Sekian
http://www.rinss.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...